Archives
Latihan Pusat dan Temasya Sukan 4th Asean Paragames 2008 di Nakhon Ratchasima, Thailand pada 17 Januari 2008 hingga 27 Januari 2008. Mohd Fadli bin Zakaria telah dilantik oleh Majlis Sukan Negara (MSN) sebagai salah seorang jurulatih ke kejohanan tersebut. 2 pingat emas berjaya diperolehi oleh pasukan catur kebangsaan paralimpik di temasya ini.
Kem Bakat FASA 1 di SMK Desa Cempaka, Nilai Negeri Sembilan telah berjaya dijalankan pada 16 April hingga 17 April 2008. Coach Fadli telah dijemput untuk memberi ceramah dan menjalankan latihan catur kepada para peserta dari sekolah ini.
Pasukan Catur Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2007. Mohd Fadli bin Zakaria AKA Stonemaster AKA SM AKA Coach Fadli telah dilantik oleh Kelab Catur UPSI untuk menjadi jurulatih catur kelab ini mulai Januari 2007 hingga Mei 2007. Pasukan catur ini berjaya mencatitkan sejarah di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) apabila buat pertama kalinya berjaya memperolehi [...]
Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan Darul Khusus telah menjemput Coach Fadli sebagai jurulatih jemputan Kontinjen Catur MSSM Negeri Sembilan semasa latihan pusat 2007 pada 28 Mei hingga 30 Mei 2007 di Port Dickson.
Gambar kenangan Coach Fadli bersama para peserta yang menyertai klinik catur anjuran Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 8, Putrajaya. Latihan telah dijalankan selama 3 bulan iaitu dari bulan Mei hingga bulan Julai 2008.
Satu lagi gambar menarik Coach Fadli bersama pasukan catur UIAM. Gambar ini diambil di Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada bulan Mei 2008 yang lalu semasa penyertaan pasukan ini di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM). Pasukan Catur UIAM buat pertama kali dalam sejarahnya, berjaya menggondol 1 pingat perak bagi kategori lelaki dan 1 pingat gangsa bagi [...]
Selepas tamat klinik catur di Presint 16, SM pun mengambil kesempatan untuk pergi ke Kompleks Sukan Air di Presint 6, Putrajaya kerana di sana sedang berlangsungnya Waterski World Cup 2008. Hari itu merupakan hari terakhir aktiviti sukan air tersebut. SM sempat juga bergambar dengan 2 orang gadis dari Perbadanan Putrajaya yang memakai baju tradisional yang [...]
Antara beberapa program yang SM susun dalam jadual pembelajaran catur di Pusat Pembelajaran Kejiranan Presint 16 Putrajaya adalah mengadakan kejohanan catur MINI dan juga kejohanan catur SIMUL (serentak). Apa tuu kejohanan catur SIMUL ? Ia adalah format seperti SM seorang menentang serentak kesemua pemain dalam satu masa. SM mesti bermain buah putih dan setiap pemain [...]
Adik Nurul Aina binti Rohizan Terjumpa pula adik Nurul Aina semasa di Kejohanan Catur Terbuka Pearl Point. Dah lama SM tak mengikuti perkembangan catur beliau. Kenangan manis ialah apabila menjadi jurulatih catur peribadi beliau selama 5 bulan dari Disember 2006 hingga April 2007. Pencapaian yang sungguh hebat semasa SM jadi jurulatih peribadi beliau apabila adik [...]
Gembiranya SM semasa kejohanan catur terbuka Pearl Point @19/10/08. SM dapat duit hari raya RM100 daripada Suhairi Hussin iaitu Pengerusi Teknik MSSKL

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010

Apa Kata Kamu...