Posts Tagged Cerdik Catur

POSTER “BATTLE CHESS SELANGORKU” PIALA MB SELANGOR 2012-PENGGERAK BELIA TEMPATAN (PeBT)

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: , , , ,

UPDATE 5HB FEBRUARI 2012 – KALENDAR CERDIK CATUR ENTERPRISE 2012(JANUARI – JULAI 2012)

Kepada pihak yang ingin menganjurkan bengkel/klinik catur di sekolah, IPT, kelab dan berminat ingin menganjurkan kejohanan catur ‘In-House’, terbuka dan etc…, pihak Cerdik Catur sedia membantu. Sila hubungi CM Fadli (014-2312370/016-3038892) atau e-mel cerdikcatur@yahoo.com untuk maklumat lanjut.

 

 

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: , ,

CERDIK CATUR ENTERPRISE – ORGANISASI CATUR PALING AKTIF DI MALAYSIA SETAKAT INI ??

Kepada pihak yang ingin menjalankan aktiviti catur di sekolah, badan-badan kerajaan dan swasta dan juga persatuan dan kelab-kelab, pihak Cerdik Catur Enterprise sedia membantu. Sila hubungi CM Fadli (016-3038892 atau 014-2312370).

 

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: ,

STRUKTUR ORGANISASI CERDIK CATUR ENTERPRISE 2012 – PALING HEBAT DI MALAYSIA?

Klik imej untuk kelihatan lebih jelas

Jangan terkejut. Inilah dia struktur organisasi Syarikat Cerdik Catur Enterprise 2012. Harapan pihak kami ialah aktiviti catur yang dijalankan nanti, akan tercapai sasaran yang kami tetapkan pada tahun ini. Dan sekiranya tiada apa-apa halangan nanti, Cerdik Catur Chess Centre akan berjaya diwujudkan dan akan dilancarkan pada 1 hb Januari 2013.

Mesyuarat pertama Syarikat Cerdik Catur Enterprise dijangka akan diadakan pada 3 (Sabtu) atau 4 (Ahad) Mac 2012. Nampak gaya banyaklaa jawatan kosong akan ditawarkan nanti dalam organisasi Cerdik Catur Enterprise. hehehe

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: ,

HADIAH-HADIAH TAMBAHAN 2ND CERDIK CATUR SEMI PRO CHESS CHAMPIONSHIP@15 JAN 2012 (AHAD)

Terima kasih kepada pihak penaja kerana petang semalam telah menyumbangkan 1 Piala Pusingan dan 9 pingat untuk 2nd Cerdik Catur SEMI PRO Chess Championship yang akan diadakan pada 15 Januari 2012 (Ahad), bertempat di DATCC, Tingkat 4, Wilayah Kompleks, KL.

 

Kepada peserta yang menjuarai Cerdik Catur SEMI PRO Chess Championship sebanyak 3 kali, peserta itu boleh membawa pulang piala pusingan ini selama-lamanya. :D Piala Pusingan yang baru akan diperkenalkan semula sekiranya ada pemain yang menjuarai 3 kali SEMI PRO.

 

9 pingat telah disumbangkan oleh pihak penaja. Maka 3 tempat terbaik kategori terbuka akan menerima pingat ‘Emas’, ‘Perak” dan ‘Gangsa’ . 3 tempat terbaik kategori sekolah rendah dan 3 tempat terbaik pelajar sekolah menengah juga akan menerima pingat.

Lawanya pingat-pingat ini. Ntah dimana pihak penaja dapatkannya. Terima kasih sekali lagi kepada pihak penaja yang memberi sumbangan 1 piala pusingan dan 9 pingat. Seperti kata peribahasa “Kecil Tapak Tangan, Nyiru SM Tadahkan“.

 

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: , ,

Ke Arah Konsortium Cerdik Catur 2015

Pejam celik, lagi beberapa hari akan masuk tahun baru 2012. Dikenangkan semula aktiviti catur yang melibatkan Cerdik Catur Enterprise pada tahun 2011, boleh dikatakan mencapai sasaran pihak kami iaitu berjaya menggerakkan aktiviti catur kepada 3 saluran fasanya iaitu 1. Anjuran kejohanan catur 2. Bengkel/Seminar Catur dan 3. Jualan/sewaan peralatan catur.

Pada tahun ini juga, pihak kami berjaya mewujudkan kerjasama baru dengan beberapa organisasi baru iaitu seperti Klang Parade, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya, Kompleks 3 C, Majlis Perbandaran Subang Jaya dan beberapa organisasi lagi. Persefahaman dan sokongan baru dengan beberapa IPT seperti UiTM Segamat, Uitm Melaka, UKM , UPSI, UTEM, MMU dan beberapa pihak IPT tahun depan dari segi penyertaan peserta dan kerjasama anjuran aktiviti catur akan membawa ke arah pembangunan sukan catur dengan lebih cepat dan akhirnya dijangka akan membawa penyatuan komuniti catur yang lebar besar lagi di Malaysia.

Pada tahun 2011, penyertaan melebihi 100 peserta bagi kejohanan Catur anjuran Cerdik Catur Enterprise iaitu seperti Cabaran Cerdik Catur, Cerdik Catur SEMI PRO, Kejohanan Catur Amatur dan juga penyertaan melebihi 100 peserta bagi aktiviti catur anjuran bersama dengan Klang Parade, Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya dan Kompleks 3C, MPSJ dan beberapa organisasi lain seperti kejohanan catur Ole-Ole di Shah Alam yang memerlukan bantuan pihak kami dari segi teknikal dan pemasaran/publisiti telah berjaya membantu mencapai sasaran penyertaan melebihi 100 peserta. Ini telah membuktikan sokongan daripada pelbagai pihak dalam membantu menjayakan aktiviti catur. Penganjuran kejohanan terakhir kami pada tahun ini iaitu Kompleks 3C Amateur Chess Championship dengan penyertaan seramai 150 peserta (rekod jumlah peserta paling ramai bagi 1 kategori acara terbuka di Selangor/KL dan mungkin di Malaysia) telah juga berjaya membawa beberapa pihak baru ke arah ingin melibatkan dalam memajukan aktiviti catur mulai tahun depan.

Peranan dan cara kami menjalankan pengurusan Cerdik Catur Enterprise mengikut konsep garis panduan seperti pentadbiran berlandaskan piawaian ISO banyak membantu pihak kami menjalankan aktiviti catur dengan jayanya. Bermula dengan penyiapan ‘Procedure Manual’ Cerdik Catur Enterprise dan perlaksanaannya dan kemudian daripada berpuluh-puluh NCR (Non-Conformance Report) yang kami berjaya nampak dan terpaksa keluarkan pada tahun 2010 kepada 3 fasa saluran pentadbiran kami, berjaya juga kami kurangkan kepada tidak sampai 10 sahaja NCR (Non-Conformance Report) pada tahun ini. Ini secara langsung berjaya memantapkan kesemua saluran fasa pengurusan kami ke tahap dan sasaran yang kami dikehendaki. Action Plan yang sentiasa kami perbaharui dan laksanakan, telah banyak membantu ke arah itu.

Pada tahun 2012 pula, beberapa organisasi baru daripada badan kerajaan dan swasta, beberapa sekolah rendah dan menengah dan juga beberapa lagi Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/S) telah secara lisannya bersetuju menjalankan aktiviti catur dengan kerjasama Cerdik Catur Enterprise. Dijangka juga mulai tahun depan, beberapa persatuan catur negeri akan menjalankan aktiviti caturnya dengan kerjasama Cerdik Catur Enterprise. Terdapat juga beberapa individu ahli perniagaan korporat juga yang secara lisan telah menghubungi pihak kami untuk menaja beberapa kejohanan catur tahun depan melalui Cerdik Catur Enterprise.

Penyatuan, gabungan dan kerjasama oleh semua pihak yang disebut di atas dijangka akan mewujudkan dana minimum RM30 ribu pada tahun depan dalam menjalankan aktiviti catur. Ini secara tidak langsung telah mewujudkan satu kejutan dan perubahan besar di dalam konsep kewujudan dana catur melalui gabungan tersebut.

Dengan aktiviti catur yang dijangka akan lebih bertambah banyak bukan sahaja anjuran Cerdik Catur dan banyak pihak lain, akan juga merumitkan untuk mendapatkan tarikh yang sesuai untuk menjalankan aktiviti catur seluruh Malaysia. Walaubagaimanapun, pihak kami rasa tidak akan mendatangkan apa-apa masalah bagi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan kerana kebanyakan aktiviti catur di kedua negeri ini dijalankan oleh Cerdik Catur Enterprise.

Dengan adanya kerjasama dengan dua pusat aktiviti catur mulai tahun depan iaitu di DATCC, Wilayah Kompleks, KL dan juga Kompleks 3C, MPSJ di Subang dan beberapa tempat lagi, tempat menjalankan aktiviti catur dijangka tidak akan menghadapi apa-apa masalah bagi kawasan Kuala Lumpur dan kawasan negeri Selangor.

Matlamat pihak kami mulai tahun 2013 ialah dengan sasaran menyatukan lebih 30 organisasi yang ingin terlibat sama dalam menjayakan aktiviti catur dan akhirnya akan menwujudkan Konsortium Cerdik Catur yang berkemampuan menganjurkan aktiviti catur dengan jayanya.

Dengan pentadbiran yang mantap yang sedang Cerdik Catur Enterprise usahakan setahun demi setahun sehinggalah pada tahun 2015, konsortium ini dijangka bakal memainkan peranan besar sebagai ‘payung’ dan paling berpengaruh dan paling hebat di dalam menjayakan sebarang aktiviti catur di Malaysia.

Sekian, terima kasih.

Cerdik Catur Enterprise

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: , ,

PROGRAM CERDIK CATUR JARAK JAUH (PCCJJ)

Program Cerdik Catur Jarak Jauh atau dengan nama singkatan PCCJJ adalah satu konsep baru latihan catur yang pertama kali dijalankan di Malaysia, di mana pihak pengurusan Cerdik Catur Enterprise akan menyediakan satu modul khas dalam permainan catur dan akan diposkan kepada para peserta. Nota yang diberikan kebanyakannya adalah dalam Bahasa Malaysia kecuali beberapa definasi dan ayat yang memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris seperti Pawn, Knight, Queen dan sebagainya.

Bahan-bahan rujukan nota yang menarik akan disediakan kepada para peserta. Para peserta digalakkan menghafal dan memahami isi kandungan nota dalam setiap modul yang diberikan.

Dalam setiap modul yang dipilih, telah dibahagikan kepada 2 bahagian dimana pada awal bulan, modul bahagian pertama akan diposkan kepada para peserta diikuti modul bahagian kedua pada awal bulan berikutnya. Selepas menerima modul tersebut, para peserta boleh mula mengajukan sebarang soalan dari topik dalam modul tersebut menerusi e-mel rasmi PCCJJ yang diberikan. Para peserta juga boleh mengajukan soalan menerusi laman blog catur rasmi PCCJJ. Mulai tahun 2012 juga, setiap 3 atau 4 bulan sekali, akan diadakan perjumpaan percuma selama sehari kepada semua ahli PCCJJ bagi latihan praktikal mengenai modul yang diambil. Makanan dan minuman disediakan. Perjumpaan tersebut akan diadakan di Kuala Lumpur atau Selangor.

Segala maklumat mengenai program jarak jauh ini boleh diperolehi dari laman blog rasmi PCCJJ iaitu www.pccjj.blogspot.com. Ahli PCCJJ digalakkan sentiasa melayari laman blog rasmi PCCJJ untuk mengetahui perkembangan semasa program ini. Para peserta akan diberi selama 2 bulan untuk mengajukan seberapa banyak soalan kepada pihak penganjur dan jawapan akan diberikan melalui e-mel rasmi PCCJJ. Sijil penyertaan akan diberikan kepada para peserta setelah tamat 2 bulan modul yang dipilih.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi En. Mohd Fadli Zakaria (016-3038892)

E-mel rasmi PCCJJ              –  pccjj2012@gmail.com

Laman blog rasmi PCCJJ   –   www.pccjj.blogspot.com


GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: ,

Definasi Nama Kategori Pemain Catur Tempatan Oleh Cerdik Catur Enterprise & Statistik 1st SEMI PRO

Berikut adalah definasi nama kategori pemain catur tempatan oleh Cerdik Catur Enterpsrise .

1. PRO – National Rating 1701 dan ke atas

2. SEMI PRO – National Rating 1601 hingga 1700

3. AMATUR – National Rating 1401-1600

4. NOVIS – National Rating 1-1400

5. UNRATED - tiada National Rating

 

Semenjak kategori AMATUR diperkenalkan oleh StoneMaster dalam kejohaan catur di Malaysia pada tahun 2006, ramai pemain catur sudah tahu membezakan kategori ini dengan kategori pemain yang lain. Bahkan sekarang banyak juga penganjur telah menjadikan kategori amatur ini salah satu kategori untuk mendapatkan hadiah terbaik.

Kini sebanyak 5 kategori yang sudah biasa kita jumpa di mana-mana kejohanan catur tempatan. Setiap kali ada kejohanan catur yang dianjurkan oleh Cerdik Catur Enterprise, SM akan buat statistik jumlah peserta dalam setiap kategori. tujuannya ialah untuk mengetahui kategori mana yang ramai dan kategori mana yang kurang penyertaan. Dengan cara ini,  Cerdik Catur Enterprise akan menambahkan atau mengurangkan hadiah-hadiah dan adakah format sesuatu kejohanan catur itu mencapai matlamat.

Kesimpulan yang dapat diambil dari 1st Cerdik Catur SEMI PRO 2011 ialah seramai 18 pemain yang dianggap bertaraf kategori SEMI PRO (NR 1601-1700) telah mengambil bahagian. Selepas buat statistik kejohanan ini, baru SM terperasan bahawa SM tidak masukkan hadiah terbaik untuk kategori AMATUR. Dan yang mengejutkan dari statistik ini ialah hampir 40% peserta adalah dari kategori UNRATED.

Maka pihak Cerdik Catur Enterprise akan menambahkan 1 lagi hadiah iaitu Terbaik Amatur pada 2nd Cerdik Catur SEMI PRO 2011 iaitu 25 December 2011 (Ahad) disamping hadiah Cabutan Bertuah bertambah berjumlah 20 dari 13 cabutan sebelumnya. Syarat lain ialah peserta yang PERNAH CECAH kategori UNRATED hingga kategori  SEMI PRO bagi keluaran National Rating sepanjang tahun 2011 ( bulan Januari 2011, April 2011, Julai 2011 dan Oktober 2011) adalah layak menyertai kejohanan pada bulan December ini nanti. Juara 1st SEMI PRO baru-baru ini adalah tidak dibenarkan sertai 2nd SEMI PRO tetapi dibenarkan main pada 3rd SEMI PRO yang dirancang akan diadakan pada bulan Mac 2011. Dan juga juara 2nd SEMI PRO tidak dibenarkan sertai 3rd SEMI PRO tetapi dibenarkan sertai 4rd SEMI PRO dan seterusnya.

Borang kejohanan akan mula dikeluarkan dalam masa terdekat.

 

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: , ,

Senarai Nama Pemenang 1st Cerdik Catur SEMI PRO 2011@2 Oktober 2011 (Ahad)

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system

Tags: , ,

Keputusan penuh 1st Cerdik Catur Semi Pro 2011

Juara 1st Cerdik Catur Semi Pro 2011,Mohd Faizal Shamsudin menerima hadiah wang tunai RM 400 dari Candidate Master Mohd Fadli Zakaria

Dengan memperolehi markah 6.5/7, Mohd Faizal Shamsudin telah menjuarai Kejohanan Catur Cerdik Catur Semi Pro 2011 yang Pertama ini. Kejohanan ini telah diadakan dengan jayanya di Dato’ Arthur Tan Chess Centre, Wilayah Kompleks Kuala Lumpur pada hari ini (2 Oktober 2011)  di mana ianya disertai oleh seramai 122 peserta dari tanahair.

 

Berikut adalah keputusan penuhnya:

1st CERDIK CATUR SEMI PRO 2011
Organizer(s) : Cerdik Catur Enterprise
Chiefarbiter : Candidate Master Mohd Fadli Zakaria
Arbiter : Mohd Faisal Zakaria
Town : Dato’ Arthur Tan Chess Centre, Wilayah Kompleks Kuala Lumpur
Rating-Ø : 1372
Date : 2011/10/02
Final Ranking
Rank SNo. Name Rtg FED Pts BH.
1 40 Mohamad Faizal Shamsudin 1489 MAS 29
2 113 Nor Zaiasron b Yahaya 0 MAS 6 31
3 24 Mohd Safri b Ilias 1572 MAS 6 29
4 3 Rizal Ahmad Kamal  -K 1697 MAS 34
5 1 Chan Sheng Yip 1725 MAS 32
6 92 Halim Johari   -K 0 MAS 31½
7 22 Puteri Munajjah Az-Zahraa   -R/W 1580 MAS 29½
8 31 Tang Wei Chiat   -I 1545 MAS 29½
9 20 Muhd Sirajuddin Munawwir  -R 1591 MAS 29
10 8 Mohd Hanif b Basri 1661 MAS 29
11 28 Harleiff Haniff   -M 1561 MAS 27½
12 2 Mohd Faizal Roslan  -M 1717 MAS 5 35
13 33 Ting Shih Chieh @ Alfred   -I 1541 MAS 5 32½
14 15 Mohd Azrul Aminur Rashid b Abd Majid 1630 MAS 5 30½
15 11 Nithyalakshmi Sivanesan   -R/W 1642 MAS 5 30½
16 16 Ahmad Firdaus b Mohamad Rodzi   -I 1625 MAS 5 29
17 18 Jason Lim 1606 MAS 5 28½
18 14 Izuddin Ahayat 1630 MAS 5 28½
19 26 Shaun Quake Zhun 1568 MAS 5 28
20 19 Chek Kin Keuw   -I 1598 MAS 5 27½
21 7 Puteri Rifqah Fahada  -R/W 1676 MAS 5 27
22 21 Mohd Ezmi Mahmood 1585 MAS 5 24½
23 23 Mohd Huzairi b Husin   -I 1574 MAS 5 23
24 25 Mohd Raimi Rahim 1570 MAS 5 21
25 29 Muhammad Firdaus b Ismail   -K 1550 MAS 31½
26 10 Mohd Noor Azam Mohd Noor   -R 1647 MAS 30
27 57 Nayyef Ashyraf b Nasrin   -I 1402 MAS 29
28 17 Muhammad Ariez Azman  -I 1612 MAS 25½
29 27 Teh Wee Zhun   -I 1565 MAS 25½
30 50 Mohamad Zaki b Mohamad Yusoff   -I 1457 MAS 25
31 97 John Lim 0 MAS 24½
32 65 Mohamad Khairi b Ab Khalid   -I 1259 MAS 4 34
33 49 Ahmad Zulhilmi b Sahadi   -I 1458 MAS 4 33
34 56 Mohd Zullghafari   -K 1424 MAS 4 29½
35 32 Ainul Hakim b Abdul Razak 1542 MAS 4 29
36 5 Razali Hamzah 1689 MAS 4 29
37 55 Shahrizal Shamsuddin 1429 MAS 4 28½
38 59 Rohizan Mohd Ali   -T/K 1384 MAS 4 28½
39 36 Abdul Rahim b Rais 1530 MAS 4 28
40 67 Muaz b Abdullah   -I 1208 MAS 4 27½
41 118 Raymond Lee 0 MAS 4 27
42 12 Fauzi Ahmad   -V/T/K 1640 MAS 4 26½
43 108 Muhammad Idris b Mohamed Ibrahim   -M 0 MAS 4 26½
44 38 Shaharuddin Sobki   -I 1505 MAS 4 26½
45 9 A Jalal Md Shah   -V 1648 MAS 4 26
46 6 Azhar Abdullah 1686 MAS 4 26
47 87 Bustaman Harun   -V 0 MAS 4 25½
48 47 Kaswadi b Kamaruddin   -I 1468 MAS 4 25
49 41 Mat Zaki Yeop   -V 1483 MAS 4 25
50 39 Andrew Ooi 1503 MAS 4 24
51 51 Zainal Abidin Mat Noor  -K 1452 MAS 4 24
52 53 Lum Zhun Hoong   -I 1449 MAS 4 24
53 46 Wan Tarmizi Wan Sulaiman 1470 MAS 4 23½
54 109 Muhammad Ishak b Mohamed Ibrahim  -M 0 MAS 4 23
55 60 Abdul Karim b Rafia’a  -V 1352 MAS 4 18
56 13 Khairul Azam Mastuki   -I 1635 MAS 27½
57 81 Akbar Ramin Abdullah 0 MAS 26
58 35 Norman Tasli b Mohd Razali 1532 MAS 26
59 44 Izza Hasrina bt Ismail   -I/W 1475 MAS 26
60 42 Mohd Fauzi Ahim 1480 MAS 24½
61 37 Siti Nurasikin bt Ahmad  -I/W 1528 MAS 24½
62 79 Ahmad Saifuddin Yasin 0 MAS 23
63 85 Amir Qayyim Mohd Saprin  -R 0 MAS 21½
64 52 Mohd Nizam b Yusli  -K 1451 MAS 20½
65 62 Emir Rusyaidi  -R 1344 MAS 3 29
66 64 Teh Wee Sheng   -M 1263 MAS 3 25½
67 45 Hasidin Abdul Rashid   -K/V 1471 MAS 3 25½
68 54 Kong Dak Nam   -R 1438 MAS 3 25½
69 34 Iskandar Rashid   -V 1536 MAS 3 24½
70 121 Wong Goon Shek   -M 0 MAS 3 24
71 4 Ahmad Kamal b Rustam Affendi   -K 1690 MAS 3 24
72 95 Izzah Halim   -R/W 0 MAS 3 24
73 110 Muhammad Shafiq b Abdul Rahman 0 MAS 3 23½
74 115 Nur Farahin bt Abd Halim   -I/W 0 MAS 3 23
75 94 Husein b Ahmad 0 MAS 3 23
76 100 Louis Malison Gimir   -I 0 MAS 3 23
77 30 Ezzaidah bt Sazali   -I/W 1546 MAS 3 23
78 70 Noranamaslineh Ramidi   -I/W 1192 MAS 3 23
79 98 Khairul Daniel Haiqal   -R 0 MAS 3 22½
80 120 Sheikh Muhammad Za’im b Sheikh Zahib   -M 0 MAS 3 22
81 61 M. Azani Che Kob 1348 MAS 3 22
82 63 Zainoor Ikmal Maisarah Mohd Noor   -R/W 1339 MAS 3 21½
83 90 Farhana Halim  -R/W 0 MAS 3 21½
84 68 Kuhan Kovalan   -R 1204 MAS 3 20½
85 83 Amir Ghaazi Mohd Saprin  -R 0 MAS 3 20½
86 99 Leong Guo Hao 0 MAS 3 19½
87 77 Ahmad Faisal Hakimi b Ridzauddin   -R 0 MAS 3 18
88 76 Addeley Mansing   -I 0 MAS 3 18
89 71 Ellie Emira Syamimi  -R 1175 MAS 3 14½
90 75 Muhammad Syukur b Razali   -R 1041 MAS 3 14
91 103 Mohd Fazar b Md Saidin 0 MAS 24
92 78 Ahmad Muliaman Ashari   -M 0 MAS 23½
93 96 Jane Wong Huey Yuen  -R/W 0 MAS 18
94 89 Davey Teoh   -I 0 MAS 2 29½
95 107 Muhammad Effreeza Ikmal   -M 0 MAS 2 26
96 88 Chai Cheng Yip   -M 0 MAS 2 25
97 106 Mohd Ridzuan b Sopah   -I 0 MAS 2 23
98 80 Aiman Halim   -R 0 MAS 2 22
99 116 Nur Syakirah   -M/W 0 MAS 2 20½
100 69 Eizhan Ishsal b Azahari  -M 1194 MAS 2 20½
101 66 Syahmi Haikal b Saifol Azman  -R 1232 MAS 2 20
102 82 Aliff Nazmy b Azhar  -R 0 MAS 2 20
103 74 Herish Kovalan   -R 1087 MAS 2 19½
104 84 Amir Muqqri Mohd Saprin  -R 0 MAS 2 19
105 104 Mohd Firdaus b Mohd Shariff 0 MAS 2 18½
106 72 Zainoor Ikmal Munirah Mohd Noor   -R/W 1157 MAS 2 18½
107 43 Siti Hajar bt Salikan   -I/W 1480 MAS 2 17½
108 73 Muhammad Uwais b Saifol Azman   -R 1144 MAS 2 17
109 105 Mohd Norafif b Mohd Amin   -I 0 MAS 2 15½
110 112 Najwa bt Mohammad Ashim   -I/W 0 MAS 1 22½
111 58 Andrew Yap 1390 MAS 1 18½
112 111 Nadzirah bt Yaacob  -I/W 0 MAS 1 18
113 117 Nurul Ain bt Yahaya   -I/W 0 MAS 1 17½
114 86 Aqil Haziq b Hairulizam   -R 0 MAS 1 16½
115 91 Hadi Farhan b Soetiyono   -I 0 MAS 1 14½
116 101 Mariamah Mhmad Tahar   -W 0 MAS 0 27
117 48 Wong Tat Yap 1464 MAS 0 25
102 Mohd Aiziuddin b Mohammad Johar 0 MAS 0 25
114 Nur Atina bt Abdul Aziz   -R/W 0 MAS 0 25
120 122 Zarif b Hanif 0 MAS 0 24
121 119 Sarah Hani bt Ridzauddin   -R/W 0 MAS 0 20½
122 93 Hendry Lim Wei Win 0 MAS 0 18

Keputusan ini boleh juga dilihat di sini -> chess-results.com

 

GD Star Rating
a WordPress rating system
GD Star Rating
a WordPress rating system
Blog Widget by LinkWithin

Tags: ,

Marquee Powered By Know How Media.