Posts Tagged UNITAR

Meriahnya UNITAR AMATUR (II)

s6306177   s6306189   s6306193   s6306182

s6306178

s6306195

s6306187

s6306194   s6306197

Read the rest of this entry »

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Tags: ,

TAHNIAH !! UNITAR AMATUR CATIT REKOD PENYERTAAN LEMBAH KLANG BAGI 1 KATEGORI

Syabas kepada para peserta kejohanan catur UNITAR AMATUR. Anda semua telah membantu UNITAR AMATUR mencatit sejarahnya yang tersendiri. Rekod penyertaan peserta yang paling ramai tahun ini di Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi 1 kategori. 148 peserta... Inilah jumlah penyertaan yang perlu diperolehi oleh mana-mana penganjur lain jika berniat untuk cuba mengatasi rekod ini. Untuk makluman semua, seramai 43 peserta sebelum ini telah menarik diri di saat-saat akhir kerana masalah yang tidak dapat dielakkan. Kalau semua hadir, maka 148 + 43 = 191 peserta yang hadir.

SEJARAH AMATUR

Menarik sungguh sejarah amatur ini. Ia diilhamkan oleh StoneMaster sendiri untuk memberi peluang kepada pemain-pemain bertaraf amatur untuk membuktikan kebolehan mereka mendapat hadiah utama di dalam kejohanan tempatan dan juga supaya mereka dapat merasai kekuatan taraf amatur mereka di kalangan pemain amatur.

Dua tahun lepas, tidak ada penganjur terfikir dan berani hendak menganjurkan kejohanan catur berkonsep seperti ini. Pada masa itu, SM terperasan dan mendengar ramai pemain yang mengeluh kenapa pemain yang mendapat tempat 20 teratas asyik menduduki kedudukan tersebut bertahun-tahun lamanya. Seorang demi seorang pemain yang bertaraf amatur telah bersara dari penyertaan kejohanan catur dan ramai di kalangan pemain amatur tersebut hanya berjinak-jinak dengan bermain catur di restoran, warung mamak atau bermain catur di internet sahaja. Bila kejohanan catur amatur ini telah berjaya diwujudkan, maka ramai para peserta amatur telah berkumpul semula beramai-ramai dari seluruh pelusuk tanahair untuk mengambil bahagian dan menguji kekuatan masing-masing.

Selepas membuat kajian dan statistik para pemain catur di Malaysia, SM telah mengambil keputusan untuk menjadikan N.R 1600 dan kebawah sebagai pemain AMATUR dan 1600 dan keatas sebagai pemain PRO pada masa bermulanya kejohanan catur amatur yang pertama (tahun 2007).

Dan akhirnya definasi AMATUR dan PRO telah diterima dan digunapakai oleh kebanyakan pemain catur seluruh Malaysia dan definasi tersebut telah menjadi seperti BRAND yang hebat.

Untuk maklumat semua, kesemua kejohanan catur AMATUR anjuran StoneMaster telah mendapat sambutan yang luar biasa dan jumlah penyertaan adalah paling minimum 140 peserta.

Pada tahun ini, taraf AMATUR telah dinaikkan iaitu pemain AMATUR akan dikenali sekiranya mereka mempunyai N.R 1650 dan ke bawah dan pemain PRO mempunyai N.R 1650 dan ke atas.

Kita tunggu sama-sama kejohanan catur AMATUR yang seterusnya pula..

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Tags:

MERIAHNYA UNITAR AMATUR 2009

Kejohanan catur UNITAR AMATUR telah dijalankan dengan jayanya pada 1 Februari 2009 (Ahad). Seramai 148 peserta dari seluruh pelusuk Semenanjung telah mengambil bahagian di dalam kejohanan catur ini. Seramai 40 peserta yang mengambil bahagian datang dari luar negeri Selangor seperti dari Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu, Pulau Pinang, Pahang dan Kelantan. Kehadiran ramai para pemain dari Kolej dan IPT juga mengejutkan pihak penganjur. Antara IPT yang turut mengambil bahagian adalah dari UPSI, UIA, UM, UiTM, UPNM, KYM dan juga UNITAR. Kejohanan ini juga berjaya mencatitkan rekod penyertaan yang paling ramai peserta untuk kejohanan 1 kategori bagi negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Kejohanan Catur UNITAR AMATUR ini telah dianjurkan dan ditaja oleh Universiti Tun Abdul Razak dan pihak UNITAR telah melantik En. Mohd Fadli bin Zakaria iaitu Pengurus Syarikat StoneMaster Event Management Enterprise (S.E.M.E) untuk mengendalikan kejohanan catur ini.

Berikut adalah gambar-gambar menarik di sekitar kejohanan UNITAR Amatur 2009. Sila gerakkan ‘mouse’ di gambar untuk melihat komen.. :)

s6306206

Dari kiri : En. Azli Jailani iaitu Pengurus, Unit Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Abdul Razak, En. Muhd.Rizal Jusoh iaitu Juara UNITAR AMATUR 2009 (yang sedang menunjukkan wang tunai US 100 Dollar yang dimenanginya) dan di kanan sekali ialah En. Mohd Fadli bin Zakaria AKA StoneMaster yang telah dilantik oleh pihak UNITAR untuk mengendalikan kejohanan ini.

kain rentang di blok A UNITAR sm sedang memberi ucapan di upacara pembukaan peserta sedang menuju ke meja masing2 s6306159 bersedia bacaan doa pembukaan oleh ustaz zainal Dr.Wan Noorasmara (kanan) & Dr.Zarulhisham bersama anak beliau s6306161 azhar m.said-arbiter kejohanan arbiter sdg memberi taklimat peraturan round 1 s6306171 s6306172 muhd irfan haqqim-pemenang hadiah utama cabutan bertuah (handphone)

Puan Haslindah Ruslan iaitu Naib Presiden, Persekutuan Catur Malaysia telah menyampaikan hadiah utama cabutan bertuah iaitu sebuah telefon bimbit jenama Nokia (1 Tahun jaminan daripada Zitron) kepada adik Muhd Irfan Haqqim. Ini adalah kali ke-2 adik Irfan berjaya memenangi hadiah telefon bimbit dalam masa 2 minggu. Kali pertama adalah apabila beliau telah menjadi pemain terbaik amatur di kejohanan catur StoneMaster MINI Rapid 10 minutes FOR ALL yang diadakan di Pusat Catur OUG, Kuala Lumpur pada 24 Januari 2009 (Sabtu) yang lalu.

Kelihatan juga yang duduk di kerusi VIP iaitu Dr Wan Noorasmara yang banyak memberi sumbangan hadiah kepada pihak SEME. Dan juga kelihatan berdiri di belakang iaitu En. Shofyan Usman iaitu Pegawai Eksekutif, Unit Hal Ehwal Pelajar, Universiti Tun Abdul Razak yang berperanan sebagai M.C. di majlis penutup kejohanan ini.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Tags:

Juara UNITAR AMATUR akan menerima US 100 Dollar, Currency Note Album dan juga resit pembelian duit tersebut !!!

s6306105

s6306104

Hadiah untuk juara UNITAR AMATUR, StoneMaster sudah terima. Juara akan menerima Currency Note Album, wang tunai US 100 Dollar dan juga resit pembelian wang tersebut.

Di samping itu, anda juga berpeluang untuk membawa pulang pelbagai lagi hadiah sampingan dan hadiah-hadiah misteri untuk cabutan bertuah…Jadi tunggu apa lagi….marilah beramai-ramai kita ke sana pada 1 Februari ini!!!

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Tags:

KEJOHANAN CATUR AMATUR TERBUKA UNITAR 2009 YANG PERTAMA@1/2/09 (AHAD) – CHAMPION US 100 DOLLAR

Tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah kepada para pemain catur amatur tanahair kerana beberapa kejohanan catur untuk pemain catur kategori amatur sudah dalam perancangan untuk diadakan. Kejohanan yang bakal diadakan ini adalah hanya khas kepada pemain catur Malaysia yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke bawah sahaja. Memang ramai pemain catur di kategori AMATUR ini sentiasa dibayangi oleh pemain catur yang bergelar PRO (National Rating atas 1650). Hampir kesemua kejohanan catur yang diadakan di Malaysia, 15 tempat teratas kebanyakannya diduduki oleh pemain catur yang bergelar PRO ini.

Mohd Fadli bin Zakaria AKA Stonemaster AKA SM sedang berjabat tangan dengan Encik Shofyan Usman iaitu Pegawai Eksekutif Bimbingan Pelajar UNITAR di pejabat beliau pada 11 November 2008 jam 10.30pagi. Hari yang bersejarah kerana bermulanya usahasama antara Mohd Fadli bin Zakaria dan pihak UNITAR dalam menganjurkan kejohanan catur di UNITAR mulai tahun 2009. Sebanyak 3 kejohanan catur dalam perancangan akan diadakan di UNITAR, Petaling Jaya pada tahun 2009, dimulai dengan Kejohanan Catur Terbuka Amatur UNITAR 2009 yang pertama pada 1 hb Februari 2009.

Read the rest of this entry »

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Tags: ,

PUBLISITI UNITAR AMATUR SUDAH MASUK DI GILACHESS BLOG 75 HARI SEBELUM KEJOHANAN BERMULA

Salah satu lagi laman blog catur yang terkenal di Malaysia iaitu GilaChess Blog sudah mula masukkan artikel mengenai UNITAR Amatur 75 hari sebelum kejohanan bermula. Nampaknya begitu cepat publisiti kejohanan ini merebak ke beberapa laman blog catur tanahair. Terima kasih kepada Encik Andrew Ooi dari gilachess.com kerana turut membantu mempromosikan kejohanan amatur ini.

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...

Tags:

KEJOHANAN CATUR AMATUR TERBUKA UNITAR 2009 YANG PERTAMA@1/2/09 (AHAD)

Tahun 2009 merupakan tahun yang bertuah kepada para pemain catur amatur tanahair kerana beberapa kejohanan catur untuk pemain catur kategori amatur sudah dalam perancangan untuk diadakan. Kejohanan yang bakal diadakan ini adalah hanya khas kepada pemain catur Malaysia yang mempunyai Rating Kebangsaan 1650 dan ke bawah sahaja. Memang ramai pemain catur di kategori AMATUR ini sentiasa dibayangi oleh pemain catur yang bergelar PRO (National Rating atas 1650). Hampir kesemua kejohanan catur yang diadakan di Malaysia, 15 tempat teratas kebanyakannya diduduki oleh pemain catur yang bergelar PRO ini.

Mohd Fadli bin Zakaria AKA Stonemaster AKA SM sedang berjabat tangan dengan Encik Shofyan Usman iaitu Pegawai Eksekutif Bimbingan Pelajar UNITAR di pejabat beliau pada 11 November jam 10.30pagi. Hari yang bersejarah kerana bermulanya usahasama antara Mohd Fadli bin Zakaria dan pihak UNITAR dalam menganjurkan kejohanan catur di UNITAR mulai tahun 2009. 3 Kejohanan catur dalam perancangan akan diadakan di UNITAR, Petaling Jaya pada tahun 2009, dimulai dengan Kejohanan Catur Terbuka Amatur UNITAR 2009 yang pertama pada 1 hb Februari 2009.

Juara Amatur akan menerima US 100 Dollar berserta resit pembelian duit tersebut dan Sijil Penghargaan !!!

Bukan itu sahaja, lebih 30 ++ hadiah cabutan bertuah seperti handphone, chess set kayu, kaca dan plastik dan banyak lagi cenderahati bakal dimenangi oleh peserta yang bertuah. !!!

Ucapan terima kasih kepada Encik Shofyan Usman dari pihak Unitar kerana melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria dan memberi kepercayaan penuh dan sokongan kepada beliau dalam mengendalikan 3 kejohanan catur ini. Dengan adanya juga sokongan, kemudahan tempat kejohanan yang selesa di samping pemberian dana yang mencukupi bagi penganjuran kejohanan catur ini, dijangkakan kejohanan ini akan mendapat sambutan yang baik di kalangan para peminat catur nanti.

Pemain catur yang pernah mempunyai National Rating 1650 dan ke bawah (bagi keluaran Oktober 2008 dan juga Januari 2009) layak menyertai kejohanan ini.

Untuk mengetahui National Rating anda bagi keluaran bulan Oktober 2008, sila klik di National Rating.

 

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
Blog Widget by LinkWithin

Tags: ,

Marquee Powered By Know How Media.