Bengkel Catur Seterusnya – Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia @ 3 April 2013 (Rabu)

nahrim

 Hanya untuk peserta kakitangan NAHRIM

kalendar aktiviti SM (April 2013)A

Jadual perancangan harian Coach Fadli untuk April 2013 hampir penuh dengan pelbagai aktiviti catur!

 

Kursus Kemahiran Intensif Catur

bengkel cerdik catur

Kursus Kemahiran Intensif Catur Tahap 1 (Individu) berjaya di jalankan di DATCC pada 26 hingga 28 Mac 2013. Bilik yang berhawa dingin dan ruang bilik baru yang luas, adalah sangat sesuai untuk pihak Cerdik Catur mengendalikan kursus intensif catur ini di DATCC.

Selepas ini di DATCC….

poster-kursus-kemahiran intensif cerdik-catur

13 April 2013 (Sabtu)

Kursus Kemahiran Intensif Catur Tahap 1 (Berkumpulan). Terhad kepada 4 peserta sahaja. Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang. Makan tengahari disediakan. Yuran : RM80. Nota disediakan.

14 April 2013 (Ahad)

Kursus Kemahiran Intensif Catur Tahap 2 (Berkumpulan). Terhad kepada 4 peserta sahaja. Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang. Makan tengahari disediakan. Yuran : RM80. Nota disediakan.

PROGRAM PEMBANGUNAN MINDA CERDIK CATUR

 

program a

program b

program c

JADUAL KELAS CATUR MINGGUAN @ FEBRUARI 2013

Nampaknya mulai awal bulan Februari 2013 dah mula CM Fadli sibuk dengan aktiviti klinik catur. Banyak individu /kumpulan dan sekolah-sekolah rendah dan menengah sudah mula panggil CM Fadli untuk kendalikan kelas catur. Terpaksalah CM Fadli mula rekodkan aktiviti latihan catur mingguan ini untuk elakkan tersilap atau terlupa pada hari itu ada kelas catur. hehehe.

Sila rujuk www.stonemaster.info/training untuk rujukan jadual latihan catur yang sudah ditempah oleh pihak berkenaan untuk CM Fadli kendalikannya. Sila hubungi CM Fadli (014-2312370) atau E-Mel (cerdikcatur@yahoo.com) sekiranya perlukan jurulatih/fasilitator untuk kendalikan bengkel catur. Sila bagi notis 1 minggu dari tarikh cadangan kelas catur. CM Fadli akan cuba kemaskinikan jadual kelas catur setiap minggu di www.stonemaster.info/training.

JADUAL KELAS

BENGKEL KEMAHIRAN INTENSIF CATUR MTIB @ 27 DISEMBER 2012 (KHAMIS)

Aktiviti catur terakhir tahun 2012 yang akan dikendalikan oleh Candidate Master Mohd Fadli Zakaria dari Cerdik Catur Enterprise ialah Bengkel Kemahiran Intensif Catur MTIB. Bengkel tersebut akan diadakan pada 27 Disember ini di MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY BOARD (MTIB) Cheras yang pesertanya ialah terdiri daripada kakitangan MTIB.

Bengkel Catur UiTM Melaka 7 Julai 2012

SM telah dijemput untuk mengendalikan bengkel Catur di UiTM Melaka anjuran Intellectual Chess Club UiTM Melaka pada 7 Julai 2012 yang lalu. Bengkel intensif satu hari tersebut telah diadakan dengan jayanya dengan penyertaan seramai lebih 70 orang pelajar UiTM Melaka.

 
Berikut adalah gambar/video yang sempat dirakamkan ketika berlangsungnya bengkel tersebut.

BENGKEL CATUR @ 4 JUN (ISNIN) & 6 JUN (RABU) 2012 – PROGRAM CUTI SEKOLAH KOMPLEKS 3C

Sukacita dimaklumkan bahawa pada 4 Jun (Isnin) dan 6 Jun (Rabu) ini, Kompleks 3C di Bandar Sunway PJ akan menganjurkan bengkel catur. Aktiviti ini akan diadakan pada pukul 9 pagi hingga 1 petang. Fasilitatornya ialah Candidate Master Mohd Fadli bin Zakaria. Bengkel catur ini adalah terbuka kepada sesiapa juga yang berminat untuk mendalami asas, teknik serta strategi permainan catur. Sila hubungi juga CM Fadli (014-2312370), sekiranya ingin maklumat lanjut tentang aktiviti ini.