Seramai lebih 30 peserta telah menghadiri klinik catur anjuran stonemaster pada 3 Januari 2009, bertempat di KL Braille Traning Centre, Kuala Lumpur. Selain Stonemaster mengendalikan klinik ini, Abdullah Che Hassan juga turut dijemput oleh SM untuk menjadi fasilitator klinik catur tersebut.
Aktiviti klinik catur di sebelah pagi ini telah berjaya dijalankan dari pukul 9.30 pagi hingga 12 tengahari. Para peserta telah menerima sijil penyertaan selepas tamat klinik catur ini.

Abdullah Che Hassan (International FIDE Rating 2135) telah mengendalikan klinik catur ini dengan jayanya.



Filed under: Berita, Klinik + MINI Tourney
Trackback Uri



APA KOMEN ANDA