Hari ini dalam sejarah. Lebih 150 peserta telah hadir di Bengkel Latihan Catur di Kuala Krai, Kelantan. SM telah dimaklumkan bahawa lebih 200 peserta telah memohon untuk menyertai bengkel ini tetapi terpaksa ditolak kerana tempat tersebut hanya boleh menampung lebih kurang 150 peserta sahaja.
Pihak penganjur telah menjemput En. Mohd Fadli bin Zakaria, iaitu jurulatih catur paling glamour
di Malaysia sebagai fasilitator bengkel tersebut. Bengkel tersebut telah dijalankan dengan jayanya selama sehari dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang, bertempat di SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan.
Pihak media dari Sinar Harian juga turut hadir untuk membuat liputan ekslusif mengenai bengkel latihan catur ini. SM telah ditemuramah oleh wartawan dari pihak akhbar tersebut dan kemungkinan besar gambar SM akan tertera di surat khabar tersebut minggu depan.
Dimuatkan bersama di artikel ini beberapa gambar yang menarik semasa bengkel klinik catur ini dijalankan.




Sedapnya makanan tengahari yang disediakan kepada StoneMaster oleh pihak penganjur. 4 kali tambahan nasi berjaya SM lakukan. Kelaparan masa tuu. hehehe
Filed under: Bengkel Catur, Berita, Gambar
Trackback Uri



APA KOMEN ANDA