23 Feb 09

12 Februari lepas, SM telah membuat artikel mengenai bilik kebitaraan kluster cerdik catur paling canggih di Malaysia. Ia terdapat di Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheik Hj. Mohd. Said, Seremban.

Baru-baru ni pada 19 Februari 2009, SM telah melihat sekali lagi bilik tersebut semasa kejohanan catur MSSD peringkat Zon Seremban Utara yang diadakan di sekolah tersebut dan alangkah terkejutnya SM bila bilik tu dah jadi MAKIN CANGGIH. hehe

Kalau tak percaya, sila lihat gambar-gambar di bawah.

s6306373

Sudah ada papan tanda yang diletakkan di pintu luar bilik ini.

s6306375

Nak masuk bilik ini kena buka kasut atau selipar.

s6306379

Ada white board, demo chess board, ada kerusi eksekutif dan meja dan juga komputer bersama printer.

s6306380

Banyak komputer disediakan kepada pelajar sekolah ini untuk memahirkan diri dalam penggunaan software catur seperti Fritz, rabika dan lain-lain perisian catur. Semuanya adalah original.

s6306381

Kabinet untuk menyimpan jam catur dan set catur.

s6306383

Ada TV Sony Bravia 40++ inci juga dengan perakam DVD. TV ini tidak boleh tengok siaran T1, T2, TV3 atau Astro tapi hanya boleh digunakan untuk melihat DVD dan CD catur sahaja.

s6306382

Ada projektor juga di bilik ini. Hanya untuk kegunaan yang berkaitan dengan sukan catur sahaja.

s6306386

Ada 2 unit penghawa dingin juga supaya para pelajar dapat belajar dalam suasana yang selesa.


Filed under: SHAMS

Trackback Uri