Kuala Krai bakal jadi Pusat Catur Negeri Kelantan? Itulah yang SM dimaklumkan mengenainya. Usaha sedang dijalankan untuk merealisasikan matlamat tersebut.
Langkah pertama telah dijalankan dengan adanya bengkel latihan catur di Kuala Krai dan dijangkakan seramai lebih 100 peserta akan hadir di bengkel tersebut yang akan dikendalikan oleh SM sendiri. SM juga akan mengambil kesempatan di sana nanti untuk mengetahui bagaimana perancangan hendak menjadikan daerah Kuala Krai ini sebagai Pusat Catur Negeri Kelantan.
Apakah definasi/takrif Pusat Catur? Pada pendapat peribadi SM, kalau satu daerah atau bandar KERAP menjalankan aktiviti sukan catur setiap bulan iaitu seperti bengkel latihan catur, anjurkan kejohanan catur, mewujudkan SKUAD pemain catur dari Pusat Catur tersebut dan menghantar mereka ke mana-mana kejohanan catur di seluruh negara, mempunyai baju t-shirt mereka atau topi atau apa-apa yang melambangkan pusat catur mereka. Pusat catur itu juga mesti mempunyai laman blog catur sendiri yang berperanan sebagai satu saluran untuk mengkabarkan aktiviti sukan catur anjuran pusat catur tersebut. Juga adanya sumbangan kewangan dari pihak tertentu untuk kemajuan pusat catur itu. Maka SM rasa sudah cukup buktinya bahawa memang wujud pusat catur tersebut.
Ucapan terima kasih kepada pihak Kuala Krai kerana telah menjemput SM untuk mengendalikan bengkel latihan catur di sana Jumaat ini (16/1/09).
MAJULAH SUKAN CATUR UNTUK NEGARA
Filed under: Berita
Trackback Uri



APA KOMEN ANDA