
Latihan intensif catur sedang dijalankan di Dewan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said di bawah pengawasan Coach Fadli.

Para peserta sedang tekun bermain catur sambil diawasi oleh Coach Fadli.
Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban iaitu sekolah yang memilih Program Cerdik Catur sebagai salah satu bidang kebitaraan telah melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria sebagai Jurulatih Catur.
SM rasa ramai tidak tahu apa itu sekolah kluster. Kalau tidak silap SM, sehingga kini, terdapat hanya 60 buah sekolah kluster di Malaysia. Dan setiap sekolah kluster mempunyai dan memilih bidang kebitaraan yang mereka pilih seperti bolasepak, hoki, badminton, catur dan sebagainya.
Ini bermakna sekolah ini boleh mendapat sumber kewangan yang mencukupi bagi program sekolah kluster untuk menjalankan sebarang aktiviti catur untuk kebaikan dan kemajuan pelajar sekolah ini dalam bidang sukan catur sehingga berjaya mencapai okjektif yang dikehendaki.
Dengan perlantikan SM sebagai jurulatih catur di sekolah ini, adakah ini bermakna SM sudah bermula bertapak di Seremban untuk kemajuan sukan catur? Adakah SM akan mula menganjurkan banyak aktiviti sukan catur seperti StoneMaster Amatur, Klinik Catur +MINI Tourney, Touney For ALL , Catur Kilat dan sebagainya di Seremban?
Lagi cerita menarik mengenai sekolah ini dalam masa beberapa hari lagi.
Filed under: SHAMS
Trackback Uri



APA KOMEN ANDA