Coach Fadli's Chess Coaching & Some Tournament Activities
Archive for April, 2009
MISSION ACCOMPLISHED! – NJWM Nur Nabila VS StoneMaster Fadli
Apr 27th
Artikel ini adalah siaran semula dari www.stonemaster.info
Di pusingan ke-6 (akhir) Terbuka Shah Alam yang tamat petang semalam, SM telah diketemukan dengan National Junior Women Master iaitu adik Nur Nabila Azman Hisham. Siapa menang akan menduduki 8 tempat teratas kategori terbuka.
Kali terakhir SM lawan Nur Nabila adalah pada Disember 2008 yang lalu di kejohanan catur rapid Selangor di mana SM telah kalah. Permainan kali ini dianggap SM sebagai memenuhi 2 MISI iaitu kekalkan prestasi SM dalam kelompok pemain yang boleh dapat hadiah2 utama kategori terbuka dan juga misi nak ‘balas dendam’ atas kekalahan yang lalu. hehe
Terus terang permainan yang ditunjukkan oleh Nur Nabila masa menentang SM sunggup hebat. SM hanya menang beliau dari segi masa sahaja di mana Nabila kalah masa tetapi masa SM tinggal 1 saat sahaja.
Jom kita tengok dan analisa posisi permainan antara National Junior Women Master Nur Nabila (Putih) menentang StoneMaster Fadli (Hitam)

Pergerakan putih adalah Rxd5. Apakah sepatutnya hitam buat? Yang menarik tentang posisi ini ialah, kedua-dua masa pemain tinggal tidak sampai 1 minit. Dan SM hanya menang masa sahaja di mana ketika itu, masa SM hanya tinggal 1 saat sahaja lagi.
SM anggap ini adalah permainan ‘paling stress’ pernah SM alami pada tahun ini.
Aktiviti Latihan Catur SKPA2@25 April 2009
Apr 26th

Banyaknya nota-nota di atas meja. SM berikan kat anak murid SM untuk buat keje hafal catur di rumah.

Dulu 1 bulan yang lepas, ramai pelajar tidak faham bagaimana hendak mendisiplinkan diri semasa latihan catur dijalankan. Sekarang semua dah faham bahawa mereka kena beri tumpuan semasa bermain catur.

Adik Dura dan Adik Azizah sedang berlatih catur.

Adik ini baru darjah 2. Ada ciri-ciri seorang pemain catur yang handal.

Adik Aiman. Beliau adalah murid Tahun 6 merupakan juara catur tertutup SKPA2 yang diadakan bulan lepas. Beliau sedang menunjukkan jawapan dari soalan yang StoneMaster berikan.
Encik Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster dilantik sebagai Jurulatih Catur SK Bukit Kapar, Klang mulai Mei 2009
Apr 22nd
Dijangkakan StoneMaster Fadli akan mula menjalankan latihan catur kepada para pelajar catur di SK Bukit Kapar, Klang mulai minggu ke-3 (Sabtu) dan minggu ke-5 (Sabtu) Mei ini.

Ramainya bakal anak murid StoneMaster. Mulai awal bulan Mei 2009, SM akan pergi ke sekolah tersebut 2 kali sebulan iaitu hari Sabtu minggu pertama dan ke-3 untuk menyediakan satu program latihan catur yang sistematik kepada pelajar sekolah itu. SK Bukit Kapar, Klang telah melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria sebagai jurulatih catur sekolah tersebut.

Perjumpaan pelajar sekolah ini bersama StoneMaster. Setakat ini, belum pernah walau seorang pun pemain catur di sekolah ini yang berjaya mewakili daerah Klang peringkat MSSD Selangor. Harapan dengan kehadiran SM, sekurang kurangnya seorang pelajar sekolah ini akan berjaya mewakili daerah dalam permainan catur peringkat MSSD dalam masa 2 atau 3 tahun.

StoneMaster Fadli telah dijemput untuk memperkenalkan diri sebagai Jurulatih Catur untuk SK Bukit Kapar, Klang kepada bakal anak murid Stonemaster.

Artikel dari 5/4/09 yang dikemaskini.
STONEMASTER JALANKAN AKTIVITI CATUR SECARA SISTEMATIK DI SKPA2
Apr 7th

Sudah 2 bulan StoneMaster jalankan aktiviti catur di SKPA2 di Puncak Alam. Kelas catur dijalankan pada setiap minggu ke-2 dan minggu ke-4 pada hari Sabtu.
Pada tahun ini, sekolah ini berjaya mencatitkan sejarah dalam sukan catur apabila buat pertama kalinya seorang pemain catur dari sekolah ini berjaya mewakili daerah Kuala Selangor ke peringkat MSS Selangor. Tahniah !!.

Bukan senang hendak mengendalikan kelas catur yang dihadiri oleh murid sekolah rendah. Pengalaman SM yang sudah kendalikan kelas catur seperti ini sedikit sebanyak telah membantu SM menjalankan aktiviti catur ini dengan jayanya.

Satu aktiviti kejohanan catur bawah 12 tahun Puncak Alam akan StoneMaster adakan pada bulan Jun 2009. Maklumat lanjut akan SM umumkan dari masa ke semasa di blog ini.
HARI INI DALAM SEJARAH – KURSUS KEJURULATIHAN CATUR 2009 dengan RASMInya dijalankan bermula di SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban pada 6 April 2009
Apr 7th
Hari ini terciptalah sejarah. Seramai 47 guru hadir di kursus ini. Kursus Kejurulatihan Catur yang telah lama menjadi matlamat StoneMaster untuk dijalankan di seluruh Malaysia akhirnya berjaya diadakan. Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd. Said, Seremban merupakan tempat di mana kursus ini dijalankankan buat pertama kalinya pada tahun ini. Fasilitator kursus ini dikendalikan sendiri oleh Encik Mohd Fadli bin Zakaria.
Sudah bertahun-tahun, StoneMaster telah mencadangkan kepada banyak pihak supaya mewujudkan kursus ini dan patut dijalankan di seluruh Malaysia secara konsisten dan kerap tetapi tiada pihak yang sanggup atau bersungguh-sungguh agar kursus seperti ini dapat dilaksanakan.
Selepas 6 bulan menyiapkan modul kursus ini, di atas inisiatif StoneMaster sendiri yang mempunyai 27 tahun pengalaman dalam permainan catur ini, akhirnya kursus ini berjaya dijalankan dan akan digerakkan di setiap negeri mulai bulan April 2009.

Sesi 1 – Pengenalan. Mengenali buah catur dan markahnya, cara pergerakan, apa itu check, checkmate dan stalemate, cara penyusunan buah catur dan asas opening.





APA KOMEN ANDA