27 Apr 09

Artikel ini adalah siaran semula dari www.stonemaster.info

Di pusingan ke-6 (akhir) Terbuka Shah Alam yang tamat petang semalam, SM telah diketemukan dengan National Junior Women Master iaitu adik Nur Nabila Azman Hisham. Siapa menang akan menduduki 8 tempat teratas kategori terbuka.

Kali terakhir SM lawan Nur Nabila adalah pada Disember 2008 yang lalu di kejohanan catur rapid Selangor di mana SM telah kalah. Permainan kali ini dianggap SM sebagai memenuhi 2 MISI iaitu kekalkan prestasi SM dalam kelompok pemain yang boleh dapat hadiah2 utama kategori terbuka dan juga misi nak ‘balas dendam’ atas kekalahan yang lalu. hehe

Terus terang permainan yang ditunjukkan oleh Nur Nabila masa menentang SM sunggup hebat. SM hanya menang beliau dari segi masa sahaja di mana Nabila kalah masa tetapi masa SM tinggal 1 saat sahaja. :o

Jom kita tengok dan analisa posisi permainan antara National Junior Women Master Nur Nabila (Putih) menentang StoneMaster Fadli (Hitam)

nabila

Pergerakan putih adalah Rxd5. Apakah sepatutnya hitam buat? Yang menarik tentang posisi ini ialah, kedua-dua masa pemain tinggal tidak sampai 1 minit. Dan SM hanya menang masa sahaja di mana ketika itu, masa SM hanya tinggal 1 saat sahaja lagi.

SM anggap ini adalah permainan ‘paling stress’ pernah SM alami pada tahun ini. :)


Filed under: Analisis Puzzle

Trackback Uri



Leave a Comment