Gambar ini diambil semasa hari pembukaan Karnival Sukan MASUM 2009 di UUM, Sintok Kedah. SM sempat sendeng bersama Umi iaitu salah seorang pegawai sukan IIUM yang mengikuti kontinjen IIUM ke MASUM 2009.
Filed under: MASUM
Trackback Uri
"Coach Fadli's Chess Coaching & Some Tournament Activities...."
Gambar ini diambil semasa hari pembukaan Karnival Sukan MASUM 2009 di UUM, Sintok Kedah. SM sempat sendeng bersama Umi iaitu salah seorang pegawai sukan IIUM yang mengikuti kontinjen IIUM ke MASUM 2009.
Filed under: MASUM
Trackback Uri
Dalam peringkat opening, ada 16 ‘rules opening’ yang mesti anda ingat. Kalau tak mau ingat, tahap kekuatan permainan catur anda di peringkat opening tidak akan meningkat. Peraturan ni sangat penting untuk memudahkan kita faham setiap opening yang kita nak belajar. Apa akan jadi kalau lawan kita tidak mahu ikut opening. Main redah jee bukaannya dan tidak ikut buku. Kalau tersilap langkah, tanggunglah kesilapan sendiri. Seperti maksud peribahasa ‘ Siapa makan cili, dia yang terasa pedasnya’
Kalau kita jumpa dengan mamat yang perangainya main redah jee x ikut opening dalam buku, maka 16 peraturan ini yang akan dapat bantu kita untuk lawan orang-orang seperti mamat tuu. hehe
1. Dicadangkan gerak pawn ke d4 atau e4 dahulu yang menguasai centre. Centre adalah e4,e5,d4 dan d5.
2. Adalah lebih baik pawn yang digerakkan semasa ‘opening’ berada di centre atau menguasai centre.
3. Semasa opening, kembangkan ‘develop’ pawn dan minor pieces (Bishop & Knight) ke petak catur yang boleh ancam ‘threaten’ buah catur pihak lawan.Dan kalau boleh buah catur anda itu juga menguasai bahagian tengah ‘centre’ papan catur.
4. Menjadi ide yang baik semasa opening, keluarkan Knight sebelum Bishop. Ini adalah kerana Knight apabila digerakkan, ia telah menguasai 2 petak centre.
5. Keluarkan buah catur minor (Bishop & Knight) sebelah sisi King ‘King side’ terlebih dahulu.
6. Castling secepat mungkin semasa bukaan. Digalakkan sebelah sisi King.
7. Semasa opening, gerakkan 1 atau 2 pawn sahaja. Jangan lebih. Utamakan gerakkan semua buah catur minor dahulu, diikuti castling dan kemudian buah catur major (Queen dan Rook).
8. Jangan terlalu awal keluarkan buah catur Queen. Queen senang dikejar dan diancam oleh pawn dan buah catur minor pihak lawan. Anda mungkin akan ketinggalan ‘development’ dan rugi tempo disebabkan pergerakan Queen yang terlalu kerap.
9. Pastikan king anda selamat dahulu semasa ‘opening’. Caranya mudah iaitu castling awal. Bila anda castling awal, king anda akan selamat dan akan bantu rook king anda mula aktif dalam peringkat bukaan tersebut.
10. Pastikan buah catur yang sudah ‘develop’ dan diletakkan di petak yang sesuai. Jangan letakkan di petak yang mudah diancam oleh pihak lawan seperti mudah kena tangkap dan mudah kena halau dari petak tersebut.
11. Cara bermain catur ikut peraturan yang betul adalah cuba kuasai bahagian tengah ‘centre’ papan catur.
12. Selalu pastikan ada sekurangnya 1 buah catur pawn berada di tengah papan catur.
13. Jangan korbankan ‘sacrifice’ buah catur sesuka hati anda lebih-lebih lagi semasa ‘opening’. Cara korban buah catur yang baik adalah seperti semasa peringkat bukaan, anda korbankan pawn untuk mendapat kelebihan ‘development’. Cara yang baik lagi adalah supaya king pihak lawan tidak boleh castling dan juga ‘sacrifice’ yang dianggap baik adalah seperti untuk mendapatkan ruang serangan yang kuat terhadap pihak lawan.
14. Jangan buang masa hanya dengan gerakkan buah catur yang sama beberapa kali semasa ‘opening’.
15. Semasa ‘opening’, pilih petak yang terbaik dan gerakkan buah catur tersebut ke petak itu.
16. Bila dianggap peringkat opening sudah selesai? Apabila kedua-dua rook kita atau rook pihak lawan sudah boleh bertemu di ranknya, maka peringkat bukaan sudah boleh dianggap selesai dan bermulanya peringkat pertengahan ‘middlegame’.
Filed under: Mari Belajar Catur
Trackback Uri
APA KOMEN ANDA