KEBAIKAN BENGKEL KECEMERLANGAN CATUR
Percayakah anda bahawa hampir setiap kejohanan catur terbuka yang dijalankan, kalau 100 atau 150 atau 200 peserta yang mengambil bahagian, bila tamat kejohanan itu, TOP 20 yang terbaik adalah dari orang-orang yang sama. Mereka inilah akan silih berganti dapat hadiah-hadiah utama kejohanan itu. Dan ia berlaku setiap tahun demi tahun dan sejak berpuluh tahun juga di Malaysia. Pelik yee. Heran yee. Apakah terjadi kepada peserta yang selebihnya. Kenapa peserta tersebut susah hendak masuk dalam golongan TOP 20 tersebut.
Memang benar, mereka juga di rumah belajar catur. Sama juga pemain yang dapat TOP 20. Mereka juga belajar di rumah. Di mana silapnya? Antara silapnya ialah tiada bahan rujukan dan salah belajar catur cara kendiri. Seorang International Master (IM) luar negara pun pernah juga berkata "sebab salah pilih buku catur untuk belajar". Tapi PUNCA UTAMA ialah TIADA KELAS TAMBAHAN. Jangan terkejut tetapi itulah punca utamanya. Sistem pendidikan akademi sekolah dah lama wujud. Kalau di sekolah, ada pelajar-pelajar yang didapati lemah sedikit dalam sesuatu matepelajaran, apakah cara nak atasinya? YA. Kelas tambahan kepada pelajar yang lemah tersebut.
Sama juga dengan pemain catur. Inilah punca yang berlaku di Malaysia. Tiada langsung kelas tambahan kepada peserta yang hendak tingkatkan ilmu permainan catur ini. Memang benar, kalau nak buat kejohanan catur, macam CENDAWAN jadinya tapi nak buat bengkel catur seperti ini, nak kata boleh dikira dengan jari. Diharap dengan adanya Bengkel Kecemerlangan Catur yang pihak kami hendak anjurkan setiap bulan ini, maka akan terdapat lebih ramai para peserta yang memperolehi manfaat dan lebih yakin terhadap diri sendiri untuk lebih maju serta meningkatkan mutu permainan catur mereka.
Berbalik kepada cerita tentang pemain TOP 20. Kenapa mereka lebih konsisten dan lebih kuat daripada pemain yang bukan TOP 20? Yang jarang dapat TOP juga belajar sungguh-sungguh tetapi susah nak ‘improve’. Kalau kita renung-renungkan, pemain yang handal-handal ini mempunyai kumpulan kroni sendiri. Mereka berlatih sesama sendiri. Kalau yang tak kuat joint kumpulan ini, mungkin juga boleh jadi handal. Mereka dapat belajar dari yang handal. Ilmu mereka meningkat. Tapi berapa ramai pula yang boleh berkongsi ilmu dan sanggup mengajar mereka nii?

Pendaftaran bagi mengikuti Bengkel Kecemerlangan Catur sudah bermula!! Bengkel separuh hari ini akan diadakan di Excel Chess Academy, 26A Jln Hujan Emas 4, OUG Jln Kelang Lama 58200 KUALA LUMPUR. Bengkel ini hanya terbuka kepada peserta yang pernah mempunyai Rating Kebangsaan (National Rating) 1650 dan ke bawah sahaja pada tahun 2009.
Topik menarik kali ini ialah ’taktik’. Banyak yang dapat kita belajar mengenai topik ini.
1. Bagaimana nak belajar taktik?
2. Bagaimana kita hendak tahu wujud taktik atau nampak-nampak macam akan wujud taktik dalam permainan kita.
3. Percayakah anda bahawa 99% permainan catur adalah taktik.
4. Apa itu taktik mudah dan taktik susah?
5. Apakah elemen taktik? Elemen seperti ‘intermediate move’. Salah satu elemen taktik yang kita abaikan.
6. Percayakah anda bahawa cara hendak cepat kita tingkatkan permainan catur adalah dengan banyak buat latihan ‘puzzle’ taktik?
7. Buku apa yang sesuai untuk belajar taktik?
8. Apakah definasi ‘Patern Recognition’ yang banyak diceritakan dalam buku-buku catur dalam topik taktik?
Semua soalan-soalan tersebut akan terjawab pada 26 Julai ini.
Bengkel ini akan dikendalikan oleh En. Mohd Fadli bin Zakaria yang mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti latihan catur. Seramai lebih 1000 peserta telah hadir atau terlibat dalam aktiviti latihan catur di bawah pengawasan beliau sejak awal Januari 2009 hingga kini.

ADA LAGI FAEDAHNYA…
Selain daripada menimba ilmu, anda juga berpeluang untuk beradu minda di kejohanan catur MINI dan memenangi pelbagai hadiah serta turut berpeluang menyertai cabutan untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan seperti ini : 

KLIK IMEJ DI ATAS UNTUK MELIHAT SENARAI NAMA PESERTA (PRA-DAFTAR)
APA KOMEN ANDA