Archive for August, 2009

1Malaysia..Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Selamat Ulangtahun ke-52 negaraku, Malaysia yang tercinta. Di sinilah tumpahnya darahku, di sinilah rakyat hidup aman, bersatu dan padu. Hayatilah erti kemerdekaan, wahai anak2 bangsaku…
malaysia-flag Jalur Gemilang kan terus megah berkibar!!!
 
Hayatilah lirik lagu 1Malaysia …
Lirik Lagu Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi 1Malaysia)

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

——————————————–

Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy
 

Akademi Catur SK Bukit Kapar, Klang

15 Ogos 2009 (Sabtu) adalah hari terakhir Coach Fadli kendalikan klinik catur di sekolah tersebut. Rehat 2 bulan kerana nak mula puasa dan kemudian Hari Raya. Klinik catur akan bersambung semula bulan Oktober 2009. Tapi Coach Fadli telah ‘bekal’kan mereka sedikit ‘homework’ untuk mereka lakukan sepanjang cuti ini.

 

 

Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Kuala Krai, Kelantan@7 dan 8 Ogos 2009 dijalankan dengan jayanya

Coach Fadli.. jurulatih catur paling ‘glamour’ di Malaysia. Setakat ini, seramai lebih 1000 peserta telah hadir di semua aktiviti latihan catur yang beliau kendalikan sejak awal bulan Januari 2009 hingga Ogos 2009.

Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Kuala Krai, Kelantan telah berjaya dijalankan pada 7 dan 8 Ogos 2009. Seramai lebih 20 peserta telah menyertai kursus ini. Pesertanya adalah terdiri daripada cikgu-cikgu sekolah di sekitar daerah Kuala Krai dan juga beberapa peserta dari negeri Johor. Kursus ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, Kelantan.
Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster AKA Coach Fadli sekali lagi telah dipanggil untuk mengendalikan kursus ini. Banyak topik baru telah dibentangkan oleh Coach Fadli kepada para peserta seperti pembukaan repetoir ‘opening repertoire’, thema positional dan strategi, ending dan cara-cara pembelajaranya, 16 peraturan pembukaan yang MESTI kita ingat, cara membuat diagram catur, cara membuat format latihan catur, cara menggunakan ARES dan cara menggunakan pocket Fritz di PDA Window Mobile.
 
Coach Fadli sedang bergambar di bilik di mana kursus ini dijalankan. Tempatnya berhawa dingin dan lengkap dengan projektor dan PA sistem dan papan demo catur.
 

Terdapat juga aktiviti catur kilat yang dijalankan pada sebelah malam Jumaat. Seramai 10 peserta kursus ini telah hadir jam 9 malam untuk mengambil bahagian di dalam kejohanan catur kilat 5 minit ini. Encik Eddy Kwan dari Johor telah menjuarai kejohanan ini. Makan pagi, tengahari dan petang juga disediakan setiap hari selama 2 hari kursus tersebut. Biasanya Coach Fadli akan turun 1 kg kalau ambil bahagian di kejohanan catur tetapi apabila mengendalikan kursus kejurulatihan ini, beliau telah naik 1 kg pula. heran. hehe. Ini mungkin disebabkan makanan dan minuman yang sentiasa dihidangkan kepada para peserta dan juga jurulatihnya sekali :)

Coach Fadli dimaklumkan bahawa daerah Kuala Krai sedang bersungguh-sungguh untuk pastikan daerah ini dapat menjadi daerah terbaik seluruh Kelantan bagi kejohanan catur MSS Kelantan dalam masa beberapa tahun akan datang. Aktiviti sukan catur telah makin lama makin banyak sedang diadakan di Kuala Krai untuk mencapai matlamat tersebut.
 
Jom kita tengok gambar-gambar yang menarik semasa kursus ini dijalankan.
 
  
 
 
 
 
 
Meja coach Fadli yang penuh dengan buku-buku catur dan nota-nota. Kelihatan juga notebook dan PDA beliau.
   
Ini ialah PDA kesayangan Coach Fadli. Dah lama guna PDA ni untuk 24 jam online yahoomail. Dapat jee emel, terus akan terbuka dengan sendiri msg nii di PDA. Coach Fadli juga letakkan program catur yang terkuat di dunia iaitu Pocket Fritz ?? hehe. PDA ini model lama iaitu O2 XDA Zinc tapi prosessornya sangat besar dan laju iaitu lebih 500Mhz. Mempunyai OS Window mobile 6. Jarang sangkut-sangkut PDA nii.
 
Kelihatan juga hadiah-hadiah berupa hamper yang disediakan kepada para pemenang catur kilat nanti.


Coach Fadli rasa naik 1 kg lepas tamat kursus ini. Apa tidaknya, pagi makan, tengahari makan dan petang pun makan. hehe. Kenyang memanjang jee. air mineral water disediakan sentiasa sepanjang kursus ini.

 

View kursustahap22

Para peserta sedang mendengar penerangan yang sedang diberikan oleh Coach Fadli.

Lain-lain cerita berkaitan boleh juga dilayari di—> Kursus Catur di Kelantan

       080820091340080820091341