Archives - September, 2009



30 Sep 09

Selepas seminggu hari raya, SM sudah mula sibuk semula dengan aktiviti ceramah catur. Tadi telah bermula Program Kebitaraan Cerdik Catur yang dianjurkan oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban.  Coach Fadli telah dipanggil untuk mengendalikan program tersebut. Ia diadakan dari jam 3 petang hingga 5 petang di dewan sekolah tersebut.  Ia diadakan pada hari Rabu kerana ko-korikulum sekolah itu dibuat pada hari rabu. Seramai lebih kurang 100 peserta telah menghadiri program itu.

SHAMS

Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 dikecualikan dari menghadiri program ini supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada persediaan peperiksaan PMR dan SPM yang akan bermula tak lama lagi. Sila layari juga BLOG 5HOBIKU untuk membaca cerita selanjutnya.


Filed under: SHAMS

Trackback Uri






22 Sep 09

raya sakan


Filed under: Gambar

Trackback Uri






12 Sep 09

Pejam celik, pejam celik, 8 hari lagi dah nak raya aidilfitri. hehehe. Dah 2 bulan, Coach Fadli batal/rehatkan semua latihan catur sejak awal bulan Ogos, kerana nak berpuasa dan beraya nanti. Masuk jee bulan Oktober ini, semua kelas catur dijangka akan bersambung semula. Ditambah lagi semasa bulan puasa ini, ada 5 pihak yang menawarkan Coach Fadli kendalikan aktiviti klinik catur di tempat mereka. Awal bulan December ini pula, 3 keluarga dari Alor Setar Kedah telah menjemput Coach Fadli kendalikan juga klinik catur di sana seminggu atau 2 minggu sekali pada hari Khamis di Alor Setar.

 

eatchess

3 Projek catur yang diilhamkan oleh Coach Fadli iaitu Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ), Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 & 2 dan Bengkel Kecemerlangan Catur juga akan dimulakan dan diteruskan selepas hari raya ini. Tahun ini memang tahun paling sibuk bagi Coach Fadli dalam menjalankan aktiviti catur. Beberapa pembantu juga telah Coach Fadli lantik untuk membantu Coach Fadli dalam menjalankan aktiviti-aktiviti catur ini yang nampak telah mula Coach Fadli kena kendalikan di luar dari Lembah Klang seperti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah.

 

Akhir kata,

MAJULAH SUKAN CATUR UNTUK NEGARA


Filed under: Berita

Trackback Uri