Selepas seminggu hari raya, SM sudah mula sibuk semula dengan aktiviti ceramah catur. Tadi telah bermula Program Kebitaraan Cerdik Catur yang dianjurkan oleh Sekolah Kluster Kecemerlangan SMKA Sheikh Hj. Mohd Said, Seremban. Coach Fadli telah dipanggil untuk mengendalikan program tersebut. Ia diadakan dari jam 3 petang hingga 5 petang di dewan sekolah tersebut. Ia diadakan pada hari Rabu kerana ko-korikulum sekolah itu dibuat pada hari rabu. Seramai lebih kurang 100 peserta telah menghadiri program itu.
Walaubagaimanapun, pelajar-pelajar tingkatan 3 dan 5 dikecualikan dari menghadiri program ini supaya mereka dapat memberi tumpuan kepada persediaan peperiksaan PMR dan SPM yang akan bermula tak lama lagi. Sila layari juga BLOG 5HOBIKU untuk membaca cerita selanjutnya.
Filed under: SHAMS
Trackback Uri




APA KOMEN ANDA