12 Sep 09

Pejam celik, pejam celik, 8 hari lagi dah nak raya aidilfitri. hehehe. Dah 2 bulan, Coach Fadli batal/rehatkan semua latihan catur sejak awal bulan Ogos, kerana nak berpuasa dan beraya nanti. Masuk jee bulan Oktober ini, semua kelas catur dijangka akan bersambung semula. Ditambah lagi semasa bulan puasa ini, ada 5 pihak yang menawarkan Coach Fadli kendalikan aktiviti klinik catur di tempat mereka. Awal bulan December ini pula, 3 keluarga dari Alor Setar Kedah telah menjemput Coach Fadli kendalikan juga klinik catur di sana seminggu atau 2 minggu sekali pada hari Khamis di Alor Setar.

 

eatchess

3 Projek catur yang diilhamkan oleh Coach Fadli iaitu Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ), Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 & 2 dan Bengkel Kecemerlangan Catur juga akan dimulakan dan diteruskan selepas hari raya ini. Tahun ini memang tahun paling sibuk bagi Coach Fadli dalam menjalankan aktiviti catur. Beberapa pembantu juga telah Coach Fadli lantik untuk membantu Coach Fadli dalam menjalankan aktiviti-aktiviti catur ini yang nampak telah mula Coach Fadli kena kendalikan di luar dari Lembah Klang seperti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah.

 

Akhir kata,

MAJULAH SUKAN CATUR UNTUK NEGARA


Filed under: Berita

Trackback Uri



Leave a Comment