Pada 27 Oktober 2009 (Selasa) bertempat di Dewan Ibnu Katsir SMKA SHAMS, satu kejohanan catur yang unik telah diadakan. Kejohanan ini hanya khas kepada para pelajar tingkatan 3 sahaja yang baru tamat peperiksaan PMR. StoneMaster telah dijemput dan dilantik sebagai Ketua arbitor kejohanan ini dibantu oleh 2 arbitor dewan iaitu En. Halim b Saad dan En Mohd Nasiruddin b Mohd Aziz.
Seramai 44 peserta dari 6 buah sekolah daerah Seremban telah mengambil bahagian di kejohanan ini. Kejohanan ini berjaya dijalankan dengan teratur tanpa ada apa-apa masalah yang timbul.
Meja pendaftaran disediakan di pintu masuk dewan kejohanan.
Para peserta sedang bertanding. Ada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan.
Mereka digelar sebagai Quartermaster. Membantu tugas-tugas seperti susun buah catur, set jam catur, pendaftaran dan juga penyampaian hadiah.
Cikgu-cikgu sedang menungu majlis penutup kejohanan.
VIP kejohanan catur ini telah tiba dan tunggu masa untuk ucapan dan penyampaian hadiah.
Filed under: SHAMS
Trackback Uri



APA KOMEN ANDA