Tarikh : 27 Oktober 2009 (Selasa)
Masa : 8:00 pg – 3.30 ptg
Tempat : Dewan Ibnu Katsir, SMKA SHAMS.
Peraturan-peraturan pertandingan:
1. Kejohanan ini berasaskan Peraturan Sistem Swiss FIDE 5 pusingan dan Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) yang sedang berkuatkuasa.
2. Jenis Pertandingan : Kategori Individu Lelaki dan Perempuan Tingkatan Tiga 2009.
3. Pendaftaran Pemain:
3.1 Setiap sekolah boleh menghantar 4 orangpemain lelaki dan 4 orang pemain perempuan sahaja, atau 4 orang pemain lelaki atau 4 orang pemain perempuan bagi sekolah yang terdiri daripada satu gender.
3.2 Setiap pemain dikenakan bayaran tunai RM 3.00 (tiga ringgit sahaja) untuk makan tengahari. Pembayaran dibuat semasa pendaftaran.
3.3 Salinan kad pengenalan pemain perlu dilampirkan bersama Borang Pendaftaran.
4. Tempoh permainan bagi setiap pemain ialah 30 minit. Catatan gerakan tidak wajib, tetapi ’scoresheet’ yang ditanda tangani oleh kedua pemain adalah muktamad.
5. Hadiah akan disediakan oleh pihak penganjur. Hadiah dan sijil bagi setiap kategori ialah dari tempat pertama ke tempat kelapan. Setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan.
6. Jawatankuasa Pengelola berhak mengubah dan menambah sebarang peraturan sebelum dan semasa kejohanan berlangsung tanpa sebarang notis. Keputusan arbiter adalah muktamad.
7. Tarikh tutup pendaftaran ialah pada 20 Oktober 2009 (Selasa)
8. Borang pendaftaran yang telah dilengkapkan boleh dikirim atau difaks kepada:
Tuan Pengetua Cemerlang,
SMKA Sheikh Hj Mohd Said,
Jalan Tunku Kurshiah,
70400 Seremban, NS
(u/p : Pn Habidah bt Abdul Latiff)
Tel : 013-3916937
Tel Sekolah : 06 7623778
Faks Sekolah : 06 7627276
Filed under: SHAMS
Trackback Uri



APA KOMEN ANDA