Coach Fadli's Chess Coaching & Some Tournament Activities
Archive for March, 2010
Bengkel Catur di Kompleks 3C anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Perlantikan En Fadli sebagai Jurulatih Catur Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan
Mar 25th
Gambar para peserta yang menghadiri Bengkel Catur di Kompleks 3C
Bengkel Catur di Kompleks 3C anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dijalankan dengan jayanya pada 18 Mac 2010. Encik Mohd Fadli bin Zakaria iaitu Ketua Jurulatih Cerdik Catur Enterprise telah dipanggil untuk kendalikan bengkel tersebut. Salah seorang peserta bengkel catur tersebut iaitu Encik Mohammad Fazli Sarin telah mencatatkan keputusan mengejut pada Kejohanan Catur 1st SMASEL di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane pada 21 Mac lalu iaitu 3 hari selepas hadiri bengkel catur tersebut apabila beliau menjadi JUARA pertama 1st leg StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) dengan memenangi wang tunai sebanyak RM350.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dengan rasminya Unit Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria sebagai Jurulatih Catur kepada Pasukan Catur USIM mulai bulan Mac 2010 hingga December 2010. Latihan catur diadakan setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Coach Fadli aka StoneMaster dilantik sebagai jurulatih catur SMJK CHONG HWA Kuala Lumpur
Mar 13th
Coach Fadli sedang menjalankan aktiviti latihan catur kepada ahli kelab catur SMJK Chong Hwa. 2 kali sebulan, Coach Fadli akan dipanggil untuk mengendalikan bengkel latihan catur di sekolah tersebut.


Para pelajar sedang menumpukan perhatian kepada taklimat/penerangan yang disampaikan.

Salah seorang pelajar sedang dilatih untuk memberikan jawapan di hadapan kelas.
Coach Fadli dijemput menjadi Fasilitator Kursus Catur Fasa 1 & 2 di Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai, Kelantan
Mar 8th
Pada 18 hingga 20 Februari 2010, Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster aka Coach Fadli telah dijemput ke SMK Pahi (Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai, Kelantan) sebagai jurulatih catur kepada pemain-pemain terbaik catur yang terpilih dari kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Krai, Kelantan (MSSD Kuala Krai). Seramai lebih 30 pemain yang terpilih telah hadir di latihan intensif tersebut.
Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Krai. Tujuan utama diadakan Fasa 1 (18-20 Feb 2010) dan susulannya Fasa ke-2 (4-6 Mac 2010) ialah sebagai persediaan pemain-pemain tersebut ke kejohanan National Age Group (NAG) yang akan diadakan pada 14 hingga 16 Mac 2010 bertempat di Pulau Pinang.
Berikut adalah gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan di sepanjang latihan intensif tersebut.

Jangan ganggu. Latihan Intensif Catur sedang dijalankan.

Coach Fadli sedang bergambar dan bahan rujukan yang dibawa sekali.

Demo board dan whiteboard disediakan. Poster diletakkan diluar bilik latihan catur untuk mengingatkan bahawa latihan intensif catur bagi persediaan ke NAGCC 2010 sedang dijalankan.

Bilik tidur khas dengan katil yang agak selesa disediakan untuk Coach Fadli di bilik Kauseling sekolah tersebut.
Gambar para peserta yang hadir di latihan intensif tersebut.
Lagi gambar para peserta yang diambil

Coach Fadli dan para peserta kursus ikut rombongan beramai-ramai pergi ke Masjid Mukim Pahi, Kuala Krai Kelantan untuk sembahyang jumaat.


Gambar di masjid.

SEDAP !! Sup kaki ayam. Tulang kaki ayam dibuang dan hanya dimasukkan isi-isinya. Ramai cikgu di sana selalu tempah sup ni. SM pun dah kemaruk juga nak makan selalu sup kaki ayam ni.


Makanan disediakan sebelah pagi, tengahari, petang dan malam !!!Berat badan SM pula naik 2 kilo lepas tamat kursus tersebut. hehe

Petang Jumaat ada pasar malam berhampiran lokasi kursus persediaan catur ke NAG diadakan. Atas permintaan kebanyakan perserta nak pergi jalan-jalan ke pasar malam, beberapa cikgu yang bertugas dan SM sendiri telah sama-sama ikut rombongan ke pasar malam.


Para peserta sedang bergerak balik ke tempat kursus diadakan.
SMK Pahi ialah tempat di mana latihan intensif catur bagi persediaan ke National Age Group (NAG) pada 14-16 Mac 2010 diadakan. Seramai lebih kurang 40 peserta akan dihantar ke kejohanan tersebut nanti. SMK Pahi juga dalam perancangan akan diisytiharkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Krai sebagai Pusat Kecemerlangan Catur Daerah. Nanti mungkin ada papan tanda besar di luar sekolah ini menunjukkan SMK Pahi ialah Pusat Kecemerlangan Catur Daerah.













APA KOMEN ANDA