4 Mar 11

Sempena musim cuti persekolahan bulan Mac ini, pihak Kompleks 3C di Bandar Sunway akan menganjurkan bengkel catur bersama Candidate Master Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster yang akan membincangkan topik Kefahaman ‘Opening’ dalam permainan catur.

Bengkel catur ini akan diadakan pada hari Isnin 14 Mac 2011 di Audi 1, Aras G, Kompleks 3C pada pukul 10 pagi – 1 petang. Bengkel ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, mempunyai asas catur dan ingin meningkatkan pengetahuan dalam permainan catur mereka. Yuran yang dikenakan hanya RM 10 seorang dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Rizal / Pn. Balqis di talian 03-56370279 / 03-56378754.


Filed under: Bengkel Catur

Trackback Uri



Leave a Comment