Akademi Cerdik Catur

Coach Fadli's Chess Coaching & Some Tournament Activities

RSS Feed

S. Balen (fide rating – 1848) vs Candidate Master (CM) Fadli (fide rating – 2048) : PART 2

Posted by stonemaster on 17th September and posted in Analisa Permainan, Mari Belajar Catur

Sekarang dah pukul 5.37pm, jom sambung analisa semula.

diagram 2

Selepas pergerakan ke-6, Balen ada 3 pilihan pergerakan yang biasa pemain catur buat iaitu 7. f4, 7. Qd2 atau Nb5. Balen pilih 7. f4(1:31). Lajunya Balen main, dah masuk pergerakan ke-7 dan masa dia 1 jam dan 31 minit. Selepas gerak ke-6, SM lebih yakin berentap di variation classical ini kerana dah 2 minggu study line yang banyak wujud. Kalau putih jalan 7.Qd2 atau 7. f4 atau 7. Nb5, semua SM ingat jawapan yang patut dibuat. Pergerakan 7. f4 mudah dijawab iaitu 7. … 0-0 tetapi bila baca buku classical variation ini, ada dinyatakan bahawa ada beberapa line yang susah hitam nak jawab. Sebab tuu dah mula pemain french defence sudah tukar pergerakan 7. … 0-0 kepada 7. … a6. SM pun ikut jee nasihat buku tu. hehehe.

Lepas main beberapa games yang hitam buka 7. … 0-0 dan 7. … a6 masa SM training, memang boleh perasan ada perbezaan dari tekanan oleh putih. Jadi SM ambil keputusan akan buka a6 kalau ada peluang buat. Jadi ini pilihan pergerakan SM masa lawan Balen 7. … a6(1:29).

8. Nf3 c5 (1:30 1:29) 9. Qd2 Nc6 (1:28 1:29), seperti biasa gerak ke-8 dan gerak ke-9 adalah development moves iaitu gerak buah minor dan major secepat mungkin semasa opening.

10. dxc5 (1:26). Lepas Balen buat pergerakan ke-10 iaitu dxc5 ini, terasa SM yang Balen dah biasa lawan classical variation. SM perasan Balen ambil masa 1-2 minit untuk buat gerak ke-1 hingga ke 7 dan ambil masa 4-5 minit untuk gerak ke-8 hingga ke-10. Apa yang buat SM teruja ialah apabila pergerakan terakhir dia, memaksa SM buat 2 pilihan jawapan iaitu nak makan pawn dia guna Queen (Qxc5) atau guna Knight (Nxc5). SM pilih 10. … Nxc5 (1:27). SM ambil masa 2 minit untuk pilih Nxc5. Dalam buku kata, Qxc5 atau Nxc5 pun boleh tapi SM pilih Nxc5. Kenapa? Antara sebabnya ialah SM tidak berapa suka Queen SM digerakkan banyak kali semasa opening. Dengan maksud lain rugi tempo. Kalau makan guna knight iaitu Nxc5, Bishop di c8 ada ruang dan masa untuk develop iaitu di d7 dan juga akan beri laluan kepada Rook SM iaitu di a8 cepat aktif dalam permainan.

Ok, to be continue again..nak kuar gi 2 jemputan open house aidilfitri malam ni. Malam ni SM sambung analisa. :)

 

Leave a Reply

Powered By Wordpress || Designed By @ridgey28