1st CM Fadli Chess Challenge telah diadakan dengan jayanya. Ia telah diadakan pada 15 Sept, jam 9 pagi dan tamat jam 12 tengahari. Buat pertama kalinya, CM Fadli akan analisa permainan ini untuk tatapan semua.
Ini adalah 1 konsep latihan baru yang diperkenalkan oleh CM fadli. Ia bertujuan untuk memperbanyakkan lagi aktiviti permainan catur. Banyak faedah dengan adanya latihan seperti ini. Antaranya kita boleh meningkatkan permainan catur kita sendiri kerana kita analisa permainan kita sendiri.
Kenapa kita nak analisa permainan catur orang lain kalau permainan kita sendiri kita tak nak perbaikinya. Faedah lain ialah kita boleh makin mahir menggunakan kawalan masa fide iaitu 90 minit dengan tambahan masa 30 saat baik setiap pergerakan.
Jom kita mulakan analisa permainan ini.
S. Balan (Putih) – Candidate Master (CM) Fadli
1.e4 e6 (1:30 1:29) 2.d4 d5 (1:31 1:30) 3.Nc3 (1:30) (lihat diagram 1)
diagram1
Bila SM buat pergerakan 1. … e6, bukaan permainan ini sudah dinamakan Pertahanan Perancis (French Defence). Selepas putih buat pergerakan ke-3 iaitu 3.Nc3, hitam ada 3 pilihan pergerakan yang biasa pemain catur buat. Mana satu pilihan SM. Nak cuba masuk ke arah Classical Variation iaitu 3. … Nf6 atau Rubinstein Variation iaitu 3. … dxe4 atau nak terjebakkan diri dalam Winawer Variation iaitu 3. … Bb4 atau pergerakan lain yang jarang kita jumpa seperti 3. … Nc6.
Sebenarnya sebelum kita terjebak ke mana-mana variation yang kita nak masuk, pastikan kita faham tema-tema dan strategi-strategi yang wujud dalam variation tuu. Jangan kita main redah jee masuk mana-mana variation tanpa persediaan. Tak salah kita juga buat gitu tapi ini bermakna kita harapkan kekuatan dan kemahiran kita buat pengiraan dan kefahaman kita dalam taktik dan positional dan mempunyai asas kukuh dalam ending. Apa tu maksud tema dan strategi dalam variation? atau dalam bahasa inggeris iaitu Themes/Strategy. Contohnya Classical Variation. Kalau kita rajin buat research di buku-buku catur, majalah catur dan juga internet, kita akan jumpa banyak maklumat tentang Classical Variation seperti petuanya kalau kita boleh bertahan dan selamat (survive) serangan dan tekanan dari putih dalam 20 pergerakan pertama, maka hitam biasanya akan mendapat kelebihan positional dan tiada masalah selepas itu. Putih pula ada kelebihan space dan permainan hitam biasanya cramp.
Alamak, teruknya petua tuu. Lain-lain maklumat yang diperolehi ialah biasanya putih akan serang sebelah king side dan hitam buat counter attack sebelah queen side. Hitam akan menggunakan pergerakan pawn c7-c5 dan f7-f6 untuk pecahkan kekuatan centre putih. pawn putih e5 perlu menjadi sasaran dan tekanan dari hitam sekiranya ada peluang dan bermacam-macam lagi yang hitam perlu tahu kalau nak masuk variation classical.
Selepas fikir sekejap masa lawan Balan, SM pun nak cuba try masuk variation classical. SM sebenarnya tak minat variation ni sebab selalu guna Winawer Variation tapi dah 2 minggu sejak kebelakangan ni SM belajar french defence Classical Variation. Ada buku khas untuk Classical Variation. Seronok gak baca buku ni.
Pertahanan Perancis (french defence) pun ada buku khas untuk Classical Variation?
3. … Nf6 (1:29) 4.Bg5 Be7 (1:31 1:29) 5.e5 Nd7 (1:31 1:29) 6.Bxe7 Qxe7 (1.31 1:29) (lihat diagram 2) . Leganya SM. Kalau Balen jalan 6.h4 (The Chatard-Alekhine Attack), mesti SM pening kepala sebab dah lah SM jarang sangat main 3…. Nf6(Classical Variation), topik The Chatard-Alekhine Attack pun SM tak sampai lagi sebab tu muka surat ke-61
Putih akan sacrifice pawn h nya sebab hitam boleh 6. … Bxg5 7.hxBg5 dan Q hitam makan pawn di g5. Hitam pun boleh decline 6. … Bxg5 dengan buat pergerakan 6. … h6 (halau Bishop putih) dan Bishop putih di g5 pun boleh decline makan Bishop hitam di e7 dengan patah balik ke 7. Be3. Nampak gaya SM kena study juga variation penting ni. Variation Chatard-Alekhine sangat penting sampai pergerakan 6.h4 ni boleh dinamakan satu variation dalam cabang classical variation.
ok, to be continue..dah nak dekat semayang jumaat, jam pun dah 12.35 noon. Sambung analisa petang nanti.
Filed under: Analisa Permainan, Mari Belajar Catur
Trackback Uri





APA KOMEN ANDA