Coach Fadli's Chess Coaching & Some Tournament Activities
S. Balen (fide rating-1848) vs Candidate Master (CM) Fadli (Fide Rating-2048)-PART 3
diagram 3
Selepas SM makan pawn di c5 iaitu 10. … Nxc5, Balen buat pergerakan seterusnya iaitu 11. Nd4 (1:22) . Balen ambil masa 4 minit untuk buat pergerakan ini. SM tak pasti kenapa beliau buat pergerakan ini. Mungkin centralising the knight iaitu letakkan kudanya di petak tengah (centre). Memang ada tema ini dan boleh diterima alasan kalau itu tujuan Balen. Mungkin juga Balen nak sekat pawn SM di d5 dari gerak ke d4 dan seterusnya.Logik dan bagus juga cara Balen nak korordinasi buah catur minor dia.
Cuma SM boleh tambah lagi iaitu kuda beliau di f3 sudah develope. Kenapa nak gerakkan lagi knightnya. Beliau masih lagi belum aktifkan Bishopnya di f1, Rooknya masih di h1 dan dia tidak castling lagi. Walaubagaimanapun, pergerakan Nd4 tu tidak merugikan atau kehilangan buahnya. Tapi kalau dari segi kefahaman Temporary Advantage, SM boleh bagi pendapat bahawa hitam boleh mengatasi putih dari segi Temporary Advantage dengan mempercepatkan development buah minor dan buah major hitam semasa opening.
11. … Bd7 (1:25), 12. 0-0-0 0-0 (1:20 1:23) 13. g4 (1:13) ? Tanda soal tu bukan bermakna Balen buat blunder tapi SM terkejut Balen buat pergerakan tuu. Beliau ambil masa 7 minit untuk fikirkan pergerakan g4 ni.
diagram 4
g4? kalau tengok pergerakan Balen ni, memang gerun dan macam ganas. Rasa beliau cuba serang dulu dan tak bagi peluang SM serang dulu sebelah Queen side. Jadi memang betul kata-kata mengenai classical variation ini. Putih akan serang king side dan hitam akan serang queen side.
Balen cuba gunakan pawnnya untuk buat serangan dan mungkin akan dibantu buah minor dan major dia. Takkan SM nak biarkan Balen serang SM dan hanya bertahan jee. Kira punya kira, SM ada 3 pilihan pergerakan iaitu f6 atau b5 atau Nxd4. SM pilih 13. … f6 (1:21) .
Cepatnya SM pilih. Hanya makan masa 2 minit jee. Kenapa?Mari kita berbalik sekejap 13. g4 . Sekali pandang gerakkan ini memang cantik, ganas dan gerun sebab dah mula nak serang king side hitam. Di sinilah mula SM kena gunakan understanding of positional chess. SM kena check satu persatu semua kedudukan buah-buah putih adakah berada di petak yang betul atau tidak.
Cuba kita fahamkan dulu pawn struktur putih dan definasi maksud pawn weakness. Pernahkan anda baca atau terjumpa ayat ini. Pawn yang tidak dikawal/jaga oleh buah caturnya yang lain, boleh dianggap lemah (weakness). Satu lagi definasi weakness dalam permainan catur iaitu “ A weakness is only weak if it can be attack or exploit” .
Jangan terkejut kerana jawapannya ialah pawn di g4 kerana pawn di g4 tidak dijaga oleh buah caturnya yang lain. Jadi antara semua pawn hitam dan pawn putih yang berada di papan sekarang, pawn di g4 dianggap paling lemah. Biar betul. Banyaknya teori yang kita kena faham. Kalau kita rajin baca buku,banyak ilmu dapat kita pelajari.
Luasnya ilmu catur nii. Sekali pandang,memang gerakkan g4 dianggap paling best sebab ia memulakan arah serangan dahulu terhadap hitam tapi bila kita ambil kira teori-teori dan prinsip yang wujud dalam positional play dan kefahaman pawn weakness, SM masih percaya dan yakin dan ambil kesimpulan pawn di g4 adalah lemah dan boleh diambil kira boleh jadikan ia sasaran nanti.


