Diagram 4

Selepas putih jalan 13. g4, SM nampak ada 3 pilihan pergerakan yang SM teringin nak buat iaitu 13. … f6, 13. … Nxd4 atau 13. … b5. Mula-mula SM kira dulu pergerakan Nxd4. Macam tak logik sebab knight SM dah keluar ke c6 dari b8 dan knight itu dah jaga centre di d4 dan e5. Knight tuu juga beri tekanan pawn putih di e5,maka kenapa SM nak bunuh knight SM hingga boleh sebabkan hilang semua kawalan centre dan juga tekanan pawn putih di e5. Macam buang masa jee makan knight lawan di d4. Memang betul knight putih di d4 macam nampak kuat sebab berada di centre d4 dan juga beri tekanan pawn hitam di e6, tapi rasa macam tak sesuai. Dalam teori bab makan-makan buah ni, ada mengatakan jangan atau tidak digalakkan buat pertukaran buah catur lawan sekiranya didapati tiada kelebihan material gain atau kelebihan kekal dan kelebihan sementara .So SM dah reject pergerakan Nxd4 lepas ambil kira semua tuu. SM pun ambil kira juga pengiraan 3 langkah kehadapan (dalam buku catur kata itu syarat minima jumlah langkah ke hadapan yang mesti kita nampak bagi setiap pergerakan) kalau Nxd4 tapi minda SM tidak nampak apa-apa yang boleh mendapat kelebihan untuk hitam buat masa ni.

SM pula cuba kira pawn hitam jalan b7-b5. Waduh, banyaknya nak kira. Kena kira lebih dari 3 pergerakan, mungkin sampai 5-7 pergerakan. Ada cabang-cabang lain lak kena kira. Malas pulak nak kira jauh-jauh. Tapi apa yang SM belajar dulu, cuba kira semua jalan hitam tanpa putih jalan dan tengok sampai move berapa putih boleh kena checkmate atau mungkin hilang buah caturnya. Contohnya 1.b5 2. b4. knight putih di c3 katakan lari ke b1,kemudian 3. Na4 kemudian Nc6 ke 4.a5. kemudian 5.Nc4 kemudian rook kat a8 ke 6. c8. Banyaknya pergerakan hitam kena buat kalau nak serang bertubi-tubi queen side putih. paling kurang 6 pergerakan. Itu baru kira pergerakan hitam,belum lagi kira apa putih nak jalan. So SM KIV dulu pergerakan nii. Tapi dalam minda SM dah simpan maklumat iaitu kalau nak jalan b5, ada paling kurang 6 atau 7 pergerakan SM kena buat kalau nak serang queen side putih.SM kira f6 pula. Lepas f6,terus nak ugut makan e5,dan kalau pawn putih di f4 makan e5, pawn e5 putih tuu jadi isolated pawn pulak. dan g4 kekal pawn yang lemah. So putih sekarang ada 2 weakness pawn di petak e5 dan petak g4. hehehe. Cepatnya minda SM boleh faham. Macam logik pulak kalau jalan f6 sebab baru 3 pergerakan dah boleh nampak kelemahan buah putih. Akhirnya SM pilih 13. … f6 (1:21) . SM makan masa 2 minit untuk buat pergerakan ini.

SM pun tunggu pergerakan putih. S. Balen jalan 14.Nxc6 (1:08). Beliau makan masa 5 minit untuk buat pergerakan ini.(lihat diagram 5)

Diagram 5

Mana satu SM nak makan ni.b7xc6 atau Bd7 x c6. Kalau b7xc6,nampak macam tak logik sebab pawn di a6 akan jadi isolated pawn dan rook hitam di a8 akan jadi beban sebab kena jaga pawn di a6 pula. Dan kalau pawn di b7 makan knight di c6, maka pawn hitam di c6 dah jadi backword pawn pula. Dan Bishop hitam di d7 jadi macam batu pula sebab tak boleh gerak langsung. Bishop tu pula jadi beban nak jaga c6 dan e6. Kita boleh gelar dia bad bishop. Teruknya main chess nii. Kalau kita silap makan walaupun sekali jee,semua kedudukan menarik buah catur hitam akan secara tiba-tiba akan jadi teruk.

SM pun kira kalau Bishop hitam di d7 makan knight putih di c6. Hmmm. tiba-tiba terasa macam Bishop hitam di c6 tu kata “AKU BEBAS, YABADABEDU“. Bayangkan bishop yang lepak kat c8 tu boleh sampai ke c6. Tiba-tiba bad bishop jadi good bishop. Apa tu maksud bad bishop dan good bishop. Dalam buku catur kata,biasanya “bad bishop kalau bishop itu bawah pawnnya dan good bishop sekiranya berada atas pawnnya. Atau juga bad bishop berada sama warna petak dengan beberapa buah pawnnya dan good bishop kalau warnanya tidak sama dengan warna petak kedudukan pawnnya“. Sekiranya Bishop sudah berada di c6, ia akan pula ada sasaran taktik elemen double attack iaitu lepas nii pawn hitam boleh jalan d4 dan terkena knight putih di c3 dan juga rook di h1. SM pun jalan 14. … Bxc6 (1:18).

Untuk elakkan berlaku taktik iaitu elemen double attack, putih pun jalan 15. Qd4 (1:07). Selepas pergerakan queen itu, SM sendiri buat kesimpulan bahawa queen putih itu sudah jadi beban pula kerana nak halang/sekat pergerakan pawn hitam dari d5 ke d4 disamping juga tujuannya sekali gus nak jaga pawn putih di e5. So ada 2 beban atau tanggungjawab yang queen putih terpaksa pikul.

Giliran SM pula nak jalan. Selepas pergerakan Qd4, SM analisa balik semua kedudukan buah SM dan buah lawan. Bagi hitam, SM rasa Bishop di c6 sudah cantik kedudukannya. Knight di c5, SM rasa cukup kuat di kedudukan tuu sebab dah jaga petak lawan di a4,b3,d3 dan e4.Semua petak itu di kawasan lawan. Knight itu juga boleh patah balik ke d7 untuk beri tekanan kepada pawn putih di e5 sekiranya perlu. Rook SM di f8 pula bila-bila masa akan ada open file (f1-f8) kalau f6 makan e5. Queen SM pula berada di kedudukan yang sangat menarik kerana boleh bila-bila masa gerak ke kawasan queen side dan juga king side. Cuma rook hitam di a8 yang belum lagi aktif tapi bila-bila masa boleh gerak ke c8 atau buat double rook di file f.

Bagi putih pula, Bishop di f1 dan rook di h1 masih tidak aktif lagi. Putih pula sekarang mungkin akan hadapi pawn weakness di e5 dan juga g4. Pawn putih di e5 boleh jadi isolated pawn dan g4 masih kekal pawn yang lemah sebab tidak dijaga langsung oleh kawan-kawannya. Queen putih pula dah jadi beban sebab kena halang pawn hitam gerak dari d5 ke d4 dan juga kena jaga pawn putihnya sendiri iaitu di e5.

Kesimpulannya selepas sedikit kira-kira, SM pun pilih jalan15. … f6xe5 (1:15). 16. f4xe5 (1:15) . Queen tidak boleh jalan 16. Qxe5 sebab 16. … d4. Knight putih di c3 atau rook di h1 akan hilang. 16. … Qg5+(1:15) (lihat diagram 6)

Diagram 6

Selepas queen hitam jalan 16. … Qg5+, pawn putih di e5 dan di g4 dah kena tekanan dari Queen hitam. Sekarang dah mula nampak kelemahan 2 pawn putih, king terpaksa lari atau putih boleh jalan Rd2. Tak mungkin putih nak jalan Rd2 sebab kalau putih buat pergerakan itu, Rook di d2 pula akan kena salah satu elemen taktik iaitu PIN. Rook tuu jadi beban pulak sebab tak boleh gerak. 17. Kb1 Nd7 (1:06 1:15) . Hitam beri tekan lagi di e5 dengan pergerakan Nd7. 18.Bg2 (0:58). Putih seperti nak biarkan hitam makan e5 dengan queen atau knight. Tapi kalau kira sekali imbas, kalau makan terus e5, bahayanya ialah pawn hitam di e6 sebab putih boleh gerak Re1. Pandai juga S. Balen nak buat perangkap saat-saat macam ni.

18. … Rf4 ! (1:06) Cantik ! . Bukan sahaja sasaran nak makan queen di d4 tapi sasaran pawn g4 iaitu pawn putih yang SM kata paling lemah yang digerakkan pada pergerakkan ke-13. Disamping untuk beri laluan kepada rook di a8 ke f8 untuk double rook kalau ada peluang yang sesuai.

19. Qe3 Rxg4 (0:52 0:57). Pawn g4 tumbang akhirnya. Material gain diperolehi oleh hitam apabila pawn g4 dimakan oleh rook di f4. Putih ada masalah kerana apabila Rxg4, Rook di g4 nak makan Bishop di g2 pula. Queen di e3 terpaksa makan Queen hitam di g5. Disebabkan SM dah ada kelebihan pawn selepas tumbang pawn putih di g4, exchange buah-buah lawan sepatutnya boleh buat tapi kena berhati-hati. 20. Qxg5 Rxg5 (0:52 0:51).Putih masih ada masalah lagi kerana Rook hitam di g5 masih ada sasaran Bishop putih di g2. 21. Rd2 ? (0:47) Blunder. 21. … Rxg2 ! (0:46)(Sacrifice). 22. Rxg2 d4 ! (0:43 0:46) (Putih terkena double attack/discovery attack lagi) 23. White Resign

Diagram 7

Putih menyerah kalah apabila hitam gerak 22. … d4 ! .