Filed under: Bengkel Catur, SMK Ahmad Pekan
Trackback Uri
"Coach Fadli's Chess Coaching & Some Tournament Activities...."

Filed under: Bengkel Catur
Trackback Uri
Pada 13 September 2011, hari Selasa, jam 10 pagi hingga 12 tengahari, seramai lebih 200 peserta telah hadir ke bengkel catur yang dikendalikan oleh Candidate Master Fadli di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara (SMKSBU). Pelajar tingkatan 1 telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk hadiri bengkel selama 2 jam tersebut.
Bengkel catur tersebut telah berjaya memperkenalkan asas-asas permainan catur di samping memupuk minat pelajar untuk mendekati permainan catur di kalangan pelajar.
Lebih 200 pelajar tingkatan 1 hadir pada bengkel catur yang dikendalikan oleh Candidate Master Fadli
Sessi yang kedua pula telah diadakan pada 20 Sept 2011. Kali ini bengkel dikhususkan untuk semua pelajar Tingkatan 2 sekolah tersebut. Seramai lebih 200 pelajar tingkatan 2 telah hadir mendengar Candidate Master Fadli beri ceramah mengenai sejarah, asas permainan catur dan jenis-jenis pembukaan (opening).
Pelajar sedang tekun mendengar ceramah yang diberi.
Filed under: Bengkel Catur
Trackback Uri
Bengkel Kemahiran Catur Ke-5 yang membawa topik – Kefahaman ‘Opening’ dalam permainan catur – telah berjaya diadakan di Kompleks 3C pada hari Isnin, 14 Mac 2011 yang lalu. Ini adalah merupakan bengkel catur kali ke-5 yang dianjurkan oleh Kompleks 3C sempena musim cuti persekolahan.
Gambar kenangan para peserta bersama sijil penyertaan masing-masing
Para peserta bengkel sedang membuat latihan dan menyelesaikan masalah (chess puzzle) yang diberi.
Kelihatan para peserta sedang menumpukan perhatian kepada Coach Fadli yang memberikan penerangan terperinci terhadap topik yang dibincangkan.
Filed under: Bengkel Catur, Gambar
Trackback Uri
Sempena musim cuti persekolahan bulan Mac ini, pihak Kompleks 3C di Bandar Sunway akan menganjurkan bengkel catur bersama Candidate Master Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster yang akan membincangkan topik Kefahaman ‘Opening’ dalam permainan catur.
Bengkel catur ini akan diadakan pada hari Isnin 14 Mac 2011 di Audi 1, Aras G, Kompleks 3C pada pukul 10 pagi – 1 petang. Bengkel ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, mempunyai asas catur dan ingin meningkatkan pengetahuan dalam permainan catur mereka. Yuran yang dikenakan hanya RM 10 seorang dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Rizal / Pn. Balqis di talian 03-56370279 / 03-56378754.
Filed under: Bengkel Catur
Trackback Uri
Bengkel Catur di Kompleks 3C telah diadakan dengan jayanya sempena cuti persekolahan akhir tahun yang baru bermula. Bengkel tersebut telah diadakan sebanyak 2 sessi, iaitu pada 24 November dan 1 Disember 2010. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa aktiviti tersebut dijalankan.
Filed under: Bengkel Catur, Gambar
Trackback Uri
Sempena cuti sekolah akhir tahun ini, Candidate Master Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster sekali lagi telah dijemput oleh Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk kendalikan bengkel catur. Kali ini, topik yang akan dibincangkan adalah ‘Kefahaman Strategi dalam Permainan Catur”. Bengkel catur ini akan dijalankan dalam 2 sessi iaitu pada 24 November dan 1 Disember ini. Butiran selanjutnya seperti di bawah:
Filed under: Bengkel Catur
Trackback Uri
APA KOMEN ANDA