Gambar



15 Mar 11

Bengkel Kemahiran Catur Ke-5 yang membawa topik – Kefahaman ‘Opening’ dalam permainan catur – telah berjaya diadakan di Kompleks 3C pada hari Isnin, 14 Mac 2011 yang lalu. Ini adalah merupakan bengkel catur kali ke-5 yang dianjurkan oleh Kompleks 3C sempena musim cuti persekolahan.

Gambar kenangan para peserta bersama sijil penyertaan masing-masing

Para peserta bengkel sedang membuat latihan dan menyelesaikan masalah (chess puzzle) yang diberi.

Kelihatan para peserta sedang menumpukan perhatian kepada Coach Fadli yang memberikan penerangan terperinci terhadap topik yang dibincangkan.


Filed under: Bengkel Catur, Gambar

Trackback Uri






10 Dec 10

Bengkel Catur di Kompleks 3C telah diadakan dengan jayanya sempena cuti persekolahan akhir tahun yang baru bermula. Bengkel tersebut telah diadakan sebanyak 2 sessi, iaitu pada 24 November dan 1 Disember 2010. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa aktiviti tersebut dijalankan.


Filed under: Bengkel Catur, Gambar

Trackback Uri






5 Dec 09

CONGRATULATIONS!!!

SM dan IIUM team A di GACC 2009

SM dan IIUM team A di GACC 2009

Bukan sekadar nak gedik-gedik angkat bakul sendiri tapi inilah hakikat dan kenyataannya. Atas usaha Coach Fadli AKA StoneMaster membuat latihan intensif dan mengatur strategi untuk pemain-pemain catur UIAM, akhirnya telah membuahkan hasil yang membanggakan di mana Pasukan IIUM Team A telah mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan catur 14th GACC Inter-Varsity Chess Championship. Ini adalah antara kenangan manis dan salah satu kejayaan yang mencipta sejarahnya tersendiri sebelum Coach Fadli menamatkan kontrak sebagai jurulatih catur di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada penghujung tahun 2009 ini.


Filed under: Gambar, IIUM Chess Team

Trackback Uri






29 Oct 09

Berikut adalah keputusan penuh bagi Kejohanan Catur yang telah diadakan di SHAMS pada 27 Oktober 2009.

smka open L15

Kategori Pelajar Lelaki

smka open p15

Kategori Pelajar Perempuan

Gambar para pemenang hadiah:

DSC09014 DSC09015 DSC09016 DSC09017 DSC09018 DSC09019 DSC09020 DSC09021

DSC09022 DSC09023 DSC09024 DSC09025 DSC09026 DSC09027 DSC09028 DSC09029

TAHNIAH!!!


Filed under: Gambar, Keputusan, SHAMS

Trackback Uri






22 Sep 09

raya sakan


Filed under: Gambar

Trackback Uri






28 Jun 09

ABCD0017

NUR AZIZAH (Pelajar Kelas Darjah 6 Anugerah)

Nur Azizah muncul sebagai juara bagi Kejohanan Catur Tertutup SKPA2 yang telah diadakan pada hari Sabtu dan Ahad yang lalu. Beliau merupakan seorang pelajar Tahun 6 dan juga penolong ketua pengawas sekolah SKPA2. Beliau juga pernah catit sejarah di sekolahnya apabila merupakan pelajar pertama di sekolah ini berjaya mewakili daerah di kejohanan catur peringkat MSSS pada bulan Februari yang lalu apabila beliau menjadi Naib Johan di kejohanan tersebut. Memang jarang dapat kita lihat seorang pelajar perempuan yang mempunyai bakat dan minat mendalami permainan catur.

Antara kelebihan bakat catur yang ada dalam diri beliau ialah beliau mempunyai kelebihan dari segi fokus dan juga mempunyai kemahiran mengira pergerakan catur lebih jauh sedikit. Jarang buat kesilapan dan mempunyai keyakinan diri dalam membuat sesuatu gerakan catur. Sukar menerima kekalahan apabila kalah.

Lagi satu perkara yang membanggakan ialah juara kejohanan catur ini adalah seorang kanak-kanak perempuan. Beliau memperolehi markah penuh (6 markah dari 6 permainan).

 

ABCD0020           ABCD0016  ABCD0018           ABCD0019 ABCD0001           ABCD0002 ABCD0003           ABCD0004 ABCD0005           ABCD0006 ABCD0007           ABCD0008 ABCD0009           ABCD0011 ABCD0012           ABCD0013 ABCD0014           ABCD0015 ABCD0016           ABCD0017 ABCD0018           ABCD0019 ABCD0020           ABCD0002

Kesimpulan yang dapat diperolehi dari keputusan kejohanan ini ialah beberapa pemain catur yang baru berjaya dikenalpasti di sekolah ini untuk diketengahkan dan dilatih supaya mereka dapat meningkatkan permainan catur ke tahap boleh mewakili daerah ke peringkat MSSS mahupun MSSM pada tahun hadapan  dan seterusnya.


Filed under: Gambar, SKPA2

Trackback Uri






15 Jun 09

  good morning

 

Pagi yang indah untuk memulakan hari yang baru…

 

 

 

 

 

 

 

 ABCD0014

FM Mok Tze Meng telah dapat mengekalkan rekod tanpa kalahnya sepanjang kejohanan ini. Beliau menewaskan Tan Eu Hong di pusingan terakhir dan seterusnya menjuarai Kejohanan ini dengan markah tertinggi, 8/9.

Tan Eu Hong mendapat 5 mata dan menduduki tempat ke-12.

Kelihatan di belakang:

Do Thi Thuong VS IM Mas Hafizulhelmi

Hebat juga wanita mengandung dari Vietnam ni, Do Thi Thuong, berjaya seri dengan IM Mas. Dengan itu, Do telah memungut 5.5 mata dan berada di kedudukan ke-10.

IM Mas Hafizulhelmi  mendapat markah yang sama dengan GM Schebler tetapi mata pemutus beliau yang lebih tinggi telah meletakkan IM Mas di kedudukan ke-2 keseluruhannya.

 

                       ABCD0003

 

Loo Swee Leong berjaya menewaskan NM Ronnie Lim Chuin Hoong dan dengan itu, beliau menduduki  tempat ke-4 manakala NM Ronnie terpaksa berpuas hati berada di tempat ke-7.  

 

 

 

    

ABCD0015                    ABCD0016 

Tan Khai Boon VS Jonathan Yap (1-0)                           Pereira seri dengan Wong Hao

ABCD0004                    ABCD0017

Anthony Liong VS Keok Kai En (1-0)                             V.Anthony VS Sri Shiva Kumar (0-1)

ABCD0002                    ABCD0019

   Elgin Lee VS Lim Chuin Khai (1-0)                              David Gates VS Lim Kong Hui (0-1)

ABCD0020                    ABCD0018

   Aron Teh VS P’ng Ren Chi (1-0)                                  Lee Foo Hoe VS Hoh Tjin Li (seri)

 

ABCD0001 

 

Dua orang blogger catur dari Utara Semenanjung, Syedchess dan Capman bertemu di meja ke –14.

Kemenangan berpihak kepada Syed Iskandar Shah.

 

 

 

ABCD0005

 

 

 

GM Schebler Gerhard yang baru menewaskan Ismail Ahmad di pusingan terakhir ini sedang membaca suratkhabar sementara menantikan peserta lain menamatkan permainan. 

 

Kategori Challenger

.. continue reading ..


Filed under: Berita, Gambar

Trackback Uri