1 Aug 11

Ramai juga peminat catur pinjam dan minta copy dari SM untuk rujukan dan simpanan mereka.

Banyak juga buku catur SM

Lagi buku catur dalam simpanan SM

Antara buku catur dalam simpanan SM ialah :-

1. Symmetrical english (David Cummings/Everyman Chess)

2. English Defence (Daniel King/Everyman Chess)

3. School of Chess Excellence 4 (Mark Dvoretsky)

4. Chess Success : Planning after the opening (Neil McDonald/Batsford Chess)

5. A guide To Chess Endings (Dr. Max Euwe and David Hooper)

6. Mastering the Chess Openings Volume 2 (John Watson/Gambit)

7. Forcing Chess Moves (Charles Hertan/New In Chess)

8.Play the Semi-Slav (David Vigorito/Quality Chess)

9. Grandmaster Chess Move by Move (John Nunn/Gambit)

10. Fundamental Chess Endings (Karsten Muller and Frank Laamprecht)

11. Secret of Chess Endgame Strategy(Lars Bo Hansen/Gambit)

12. Win with the Stonewall Dutch(Sverre Johnsen and Ivar Bern/Gambit)

13. Silman’s Complete Endgame Course (Jeremy Silman)

14. 100 Endgames You Must Know (Jesus de la Villa/New In Chess)

15. Win with the London System (Sverre Johnsen and Vlatko Kovacevic/Gambit)

16. Winning Chess Tactics (Yasser Seirawan/Everyman Chess)

17. Understanding Chess Tactics (Martin Weteschnik/Quality Chess)

18. Perfect Your Chess (Andrei Volokitin and Vladimir Grabinsky/Gambit)

19. Dangerous Weapons : Queen’s Gambit (Richard Palliser,Glenn Flear,Chris Ward/Everyman Chess)

20. Dangerous Weapons : Flank Openings (Richard Palliser,Tony Kosten,James Vigus/Everyman Chess)

21. Practical Endgame Play (Neil Mcdonald/Cadogan Chess)

22. The Art of Chess Combination (Eugene Znosko Borovsky/Dover Publications)

23. Chess Self-Improvement (Zenon Franco/Gambit)

24. Back to Basics : Fundamentals (Branislav Francuski)

25. Winning Chess Brilliancies (Yasser Seirawan/Microsoft Press)

26. Pawn Sacrifice ! (Timothy Taylor/Everyman Chess)

27. Starting out : the sicilian (John Emms/Everyman Chess)

28. Learn from Bobby Fischer’s Greatest Games (Eric Schiller)

29. Play The Evans Gambit (Tim Harding and Bernard Cafferty/Cadogan Chess)

30. Strategic Chess-Mastering The Closed Game (Edmar Mednis/Dover Publications)

31. 606 Puzzles for Chess Nuts (Fred Wilson & Bruce Alberston)

32. The Classical French (Eduard Gufeld and Oleg Stetsko/Batsford)

33. The Complete Alekhine (Graham Burgess/Batsford)

34. The Ultimate King’s Indian Attack (Angus Dunnington (Batsford)

35. Chess Tactics For champions (Susan Polgar and Paul Truon)


Filed under: Buku Catur

Trackback Uri






15 Mar 11

Bengkel Kemahiran Catur Ke-5 yang membawa topik – Kefahaman ‘Opening’ dalam permainan catur – telah berjaya diadakan di Kompleks 3C pada hari Isnin, 14 Mac 2011 yang lalu. Ini adalah merupakan bengkel catur kali ke-5 yang dianjurkan oleh Kompleks 3C sempena musim cuti persekolahan.

Gambar kenangan para peserta bersama sijil penyertaan masing-masing

Para peserta bengkel sedang membuat latihan dan menyelesaikan masalah (chess puzzle) yang diberi.

Kelihatan para peserta sedang menumpukan perhatian kepada Coach Fadli yang memberikan penerangan terperinci terhadap topik yang dibincangkan.

Filed under: Bengkel Catur, Gambar

Trackback Uri






4 Mar 11

Sempena musim cuti persekolahan bulan Mac ini, pihak Kompleks 3C di Bandar Sunway akan menganjurkan bengkel catur bersama Candidate Master Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster yang akan membincangkan topik Kefahaman ‘Opening’ dalam permainan catur.

Bengkel catur ini akan diadakan pada hari Isnin 14 Mac 2011 di Audi 1, Aras G, Kompleks 3C pada pukul 10 pagi – 1 petang. Bengkel ini terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat, mempunyai asas catur dan ingin meningkatkan pengetahuan dalam permainan catur mereka. Yuran yang dikenakan hanya RM 10 seorang dan sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada En. Rizal / Pn. Balqis di talian 03-56370279 / 03-56378754.

Filed under: Bengkel Catur

Trackback Uri






12 Jan 11

Pada 27 Dec 2010, SM telah terima sms dari Pusat Sukan UKM mengenai hasrat mereka untuk mencadangkan nama SM sebagai tenaga pengajar bagi subjek ko-kurikulum untuk semester ini. Dari tarikh itu, bermulalah penglibatan SM dalam pembangunan sukan catur di UKM. Sekiranya semua berjalan lancar, kelas ko-kurikulum catur akan bermula setiap hari Sabtu bermula minggu ini jam 8 hingga 11 pagi di UKM.

Ini adalah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-4 SM terlibat dalam catur. Pada tahun 2007 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada tahun 2008-2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada tahun 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pada tahun ni (2011) pula di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dengan pengalaman begitu luas yang SM telah belajar dari segi perbezaan cara pembelajaran dan pengurusan aktiviti sukan bagi setiap IPTA ini, telah memberi banyak idea dan corak baru sistem pembangunan pembelajaran dan pengurusan yang SM akan laksanakan pada tahun ini di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga IPTA/S.

Gambar – gambar menarik semasa Taklimat Ko-Kurikulum Sukan (HHC9118)


Filed under: UKM Ko-Kurikulum Catur

Trackback Uri






7 Jan 11

Petang tadi ada kelas catur di seksyen 13, Shah Alam. Dapat juga ambil sekeping gambar anak murid CM Fadli sedang memikirkan pergerakan buah catur seterusnya. Sudah genap 1 tahun beliau belajar catur secara peribadi dengan SM. Dari mula main redah jee buah catur masa mula-mula belajar sampai sekarang ada perubahan sedikit dalam permainan beliau iaitu mula peka dan boleh fikir apa pergerakan nak buat. :)

Filed under: Ahli MB3CF

Trackback Uri






10 Dec 10

Bengkel Catur di Kompleks 3C telah diadakan dengan jayanya sempena cuti persekolahan akhir tahun yang baru bermula. Bengkel tersebut telah diadakan sebanyak 2 sessi, iaitu pada 24 November dan 1 Disember 2010. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil semasa aktiviti tersebut dijalankan.

Filed under: Bengkel Catur, Gambar

Trackback Uri






13 Nov 10

Sempena cuti sekolah akhir tahun ini, Candidate Master Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster sekali lagi telah dijemput oleh Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk kendalikan bengkel catur. Kali ini, topik yang akan dibincangkan adalah ‘Kefahaman Strategi dalam Permainan Catur”. Bengkel catur ini akan dijalankan dalam 2 sessi iaitu pada 24 November dan 1 Disember ini. Butiran selanjutnya seperti di bawah:

Filed under: Bengkel Catur

Trackback Uri