13 Nov 10

Sempena cuti sekolah akhir tahun ini, Candidate Master Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster sekali lagi telah dijemput oleh Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk kendalikan bengkel catur. Kali ini, topik yang akan dibincangkan adalah ‘Kefahaman Strategi dalam Permainan Catur”. Bengkel catur ini akan dijalankan dalam 2 sessi iaitu pada 24 November dan 1 Disember ini. Butiran selanjutnya seperti di bawah:

Filed under: Bengkel Catur

Trackback Uri






9 Jun 10

Bengkel Catur ‘How to study chess end game’ yang diadakan di Kompleks 3C Majlis Perbandaran Subang Jaya telah berlangsung pada Selasa, 8 Jun 2010.  Bengkel catur tersebut yang dikendalikan oleh Candidate Master Mohd Fadli Zakaria telah dijalankan dengan jayanya dan tentunya telah memanfaatkan  para peserta yang hadir.

Peserta2 bengkel menerima sijil penyertaan masing-masing daripada Coach Candidate Master Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster.

Filed under: Bengkel Catur

Trackback Uri








1 May 10

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa pemilihan pemain-pemain Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk acara sukan catur MASUM yang telah diadakan pada 1 Mei 2010 di Dewan Pavillion, USIM.

Acara catur di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) akan dipertandingkan pada 26-30 Mei 2010 di mana USIM telah terpilih sebagai tuan rumah untuk acara catur pada tahun ini.

Filed under: USIM

Trackback Uri






1 Apr 10

Pada 30 hingga 31 Mac 2010 baru-baru ini, Institut Penilaian Negara (INSPEN) telah melantik En. Mohd Fadli bin Zakaria sebagai Pensyarah Jemputan untuk kendalikan program latihan berjudul Kursus Kecergasan (Asas) di Pusat Latihan INSPEN di Bandar Baru Bangi, Selangor.

Latihan permainan catur telah dijalankan kepada para peserta. Antara tujuan diadakan program latihan tersebut ialah sebagai persediaan pasukan catur INSPEN ke kejohanan catur antara badan-badan kewangan di Malaysia.

Latihan tersebut telah dijalankan dengan jayanya.

Gambar kenangan – Para pegawai dan para peserta yang terlibat dalam program latihan tersebut.

Antara topik-topik yang diajar oleh En Fadli ialah  :-

  • Rahsia penggunaaan Formula Matematik Catur SM (FMC-SM) dalam menentukan kekuatan  dalam sesuatu posisi catur.
  • Penggunaan beberapa opening menarik
  • Pawn Structure
  • Positional
  • Asas Taktik
  • Asas Endgame
  • 101 garis panduan senario posisi catur yang merangkumi tema dan peraturannya.
  • 16 peraturan pembukaan (opening) catur.

Makan pagi dan tengahari juga disediakan sepanjang latihan tersebut.

Surat perlantikan Encik Mohd Fadli bin Zakaria sebagai Pensyarah Jemputan di Program latihan tersebut.

Filed under: Bengkel Catur

Trackback Uri






25 Mar 10

Gambar para peserta yang menghadiri Bengkel Catur di Kompleks 3C

Bengkel Catur di Kompleks 3C anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dijalankan dengan jayanya pada 18 Mac 2010. Encik Mohd Fadli bin Zakaria iaitu Ketua Jurulatih Cerdik Catur Enterprise telah dipanggil untuk kendalikan bengkel tersebut. Salah seorang peserta bengkel catur tersebut iaitu Encik Mohammad Fazli Sarin telah mencatatkan keputusan mengejut pada Kejohanan Catur 1st SMASEL di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane pada 21 Mac lalu iaitu 3 hari selepas hadiri bengkel catur tersebut apabila beliau menjadi JUARA pertama 1st leg StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) dengan memenangi wang tunai sebanyak RM350.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dengan rasminya Unit Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria sebagai Jurulatih Catur kepada Pasukan Catur USIM mulai bulan Mac 2010 hingga December 2010. Latihan catur diadakan setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.



Filed under: Bengkel Catur, Mari Belajar Catur, USIM

Trackback Uri






13 Mar 10

Coach Fadli sedang menjalankan aktiviti latihan catur kepada ahli kelab catur SMJK Chong Hwa. 2 kali sebulan, Coach Fadli akan dipanggil untuk mengendalikan bengkel latihan catur di sekolah tersebut.

Para pelajar sedang menumpukan perhatian kepada taklimat/penerangan yang disampaikan.

Salah seorang pelajar sedang dilatih untuk memberikan jawapan di hadapan kelas.

Filed under: Bengkel Catur, SMJK Chong Hwa

Trackback Uri