Tag: announcement



24 Dec 09

What a successful year for StoneMaster bagi tahun 2009. Boleh dikatakan tiap-tiap hari sejak Oktober 2008 hingga sekarang asyik dengan aktiviti catur. 99% banyak kepada pembangunan catur iaitu mengajar catur cara individu, kumpulan, sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti. Tapi tahun nii juga tak banyak SM menganjur kejohanan catur. Rasa boleh dikira dengan jari.  Dijangkakan 3 bulan pertama tahun 2010, SM akan menganjurkan beberapa kejohanan catur seperti mana SM menganjurkan banyak aktiviti tersebut pada tahun 2007 dan pada tahun 2008.

7 hari lagi dah nak masuk tahun 2010, SM dah prepare untuk banyak aktiviti catur untuk tahun 2010. Syarikat catur iaitu Cerdik Catur Enterprise dan blognya sudah pun SM bina iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com. Name Card SM yang ada gambar SM yang hansem tuu pun SM dah siap. Jengok2lah blog tuu sentiasa kerana blog tersebut akan sentiasa dikemaskinikan seperti blog lain yang SM bina iaitu www.5hobiku.blogspot.com dan juga www.smvssm.blogspot.com.

name kad

Kad Nama baru Coach Fadli bagi tahun 2010. Jangan lupa semua jengok-jengok blog baru yang baru SM bina lagi iaitu www.cerdikcatur.blogspot.com



Filed under: Cerdik Catur Enterprise

Trackback Uri






13 Oct 09

kpm

Semalam 12hb Oktober 2009 di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia , surat pekeliling mengenai permainan catur di sekolah-sekolah menengah telah dikeluarkan.

Antara kenyataan isi kandungan surat yang bertarikh 4 Ogos 1971 tersebut adalah langkah-langkah yang diajukan kepada semua sekolah menengah khasnya di luar bandar, supaya:

1) Menubuhkan kelab catur – bukan sahaja mengadakan pertandingan catur tetapi juga menubuhkan kelas latihan kepada pelajar yang tidak tahu bermain catur.

2) Sekolah-sekolah digalakkan mengadakan pertandingan catur antara darjah dan piala-piala dihadiahkan, sekiranya perlu.

3) Pertandingan negeri pada peringkat jajahan atau negeri boleh dianjurkan dan piala-piala yang sesuai dihadiahkan, sekiranya perlu.

4) Kursus-kursus berkenaan permainan catur hendaklah diadakan sekiranya perlu kepada guru-guru, khasnya dalam sekolah-sekolah di luar bandar.

Untuk melihat isi kandungan penuh surat pekeliling tersebut, sila klik di sini.


Filed under: Berita

Trackback Uri






12 Sep 09

Pejam celik, pejam celik, 8 hari lagi dah nak raya aidilfitri. hehehe. Dah 2 bulan, Coach Fadli batal/rehatkan semua latihan catur sejak awal bulan Ogos, kerana nak berpuasa dan beraya nanti. Masuk jee bulan Oktober ini, semua kelas catur dijangka akan bersambung semula. Ditambah lagi semasa bulan puasa ini, ada 5 pihak yang menawarkan Coach Fadli kendalikan aktiviti klinik catur di tempat mereka. Awal bulan December ini pula, 3 keluarga dari Alor Setar Kedah telah menjemput Coach Fadli kendalikan juga klinik catur di sana seminggu atau 2 minggu sekali pada hari Khamis di Alor Setar.

 

eatchess

3 Projek catur yang diilhamkan oleh Coach Fadli iaitu Program Cerdik Catur Jarak Jauh (PCCJJ), Kursus Kejurulatihan Catur Tahap 1 & 2 dan Bengkel Kecemerlangan Catur juga akan dimulakan dan diteruskan selepas hari raya ini. Tahun ini memang tahun paling sibuk bagi Coach Fadli dalam menjalankan aktiviti catur. Beberapa pembantu juga telah Coach Fadli lantik untuk membantu Coach Fadli dalam menjalankan aktiviti-aktiviti catur ini yang nampak telah mula Coach Fadli kena kendalikan di luar dari Lembah Klang seperti di Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah.

 

Akhir kata,

MAJULAH SUKAN CATUR UNTUK NEGARA


Filed under: Berita

Trackback Uri






31 Aug 09

Selamat Ulangtahun ke-52 negaraku, Malaysia yang tercinta. Di sinilah tumpahnya darahku, di sinilah rakyat hidup aman, bersatu dan padu. Hayatilah erti kemerdekaan, wahai anak2 bangsaku…
malaysia-flag Jalur Gemilang kan terus megah berkibar!!!
 
Hayatilah lirik lagu 1Malaysia …
Lirik Lagu Satu Malaysia (Lagu Tema Rasmi 1Malaysia)

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua

——————————————–

Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy
 


Filed under: Berita

Trackback Uri






14 Jul 09

Hari Sabtu nanti (18 Julai 2009) akan berlangsungnya 2 kejohanan catur rapid terbuka iaitu

1) DUN Sri Andalas Chess Open 2009  

2) Kejohanan Catur Rapid Siri 2 Kedah/Perlis

Saturday, July 18, 2009
8:00 AM
DUN SRI ANDALAS CHESS OPEN
DEWAN HAMZAH KLANG
SELANGOR
Saturday, July 18, 2009
8:00 AM
KEJOHANAN CATUR RAPID SIRI 2 KEDAH/PERLIS
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK JLN STADIUM
ALOR SETAR, KEDAH

Perasaan gian nak main di kejohanan catur memang ada, lebih-lebih lagi Coach Fadli telah berjaya mendapat tempat ke-3 di dalam Kejohanan Catur Terbuka De Laguna di Port Klang baru-baru ini. Tapi untuk kali ini, Coach Fadli mungkin tak dapat sertai kedua-dua kejohanan tersebut kerana sibuk dengan kelas catur pada hari yang sama.


Filed under: Berita

Trackback Uri






1 Jul 09

postpone

 

Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) yang dijangka diadakan pada 10 & 11 Julai 2009 ini di SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan telah terpaksa ditangguhkan ke tarikh lain iaitu 7 & 8 Ogos 2009 untuk memberi laluan kepada persediaan Pilihanraya kecil Manek Urai di Kelantan. Harap maklum.


Filed under: Berita, KURSUS KEJURULATIHAN CATUR

Trackback Uri






8 Jun 09

Selepas 6 kejohanan catur yang disertai oleh SM dalam masa 2 bulan ini, SM berjaya mendapat Top 7 sebanyak 5 kali. Yang terbaru ialah Padang Jawa Chess Tourney yang mana SM berjaya menduduki tempat ke-5.

Next mission? Kejohanan Catur Terbuka Pulau Pinang yang akan diadakan pada 10 Jun hingga 14 Jun 2009. Matlamat SM ialah untuk cuba mendapat top 10 kategori terbuka atau top 3 best PCA members.

SM akan cuba buat laporan harian di sana kalau free nanti. Laporan terkini akan dimuatkan di blog training SM ini.


Filed under: Berita

Trackback Uri