Tag: chess clinic



13 Mar 10

Coach Fadli sedang menjalankan aktiviti latihan catur kepada ahli kelab catur SMJK Chong Hwa. 2 kali sebulan, Coach Fadli akan dipanggil untuk mengendalikan bengkel latihan catur di sekolah tersebut.

Para pelajar sedang menumpukan perhatian kepada taklimat/penerangan yang disampaikan.

Salah seorang pelajar sedang dilatih untuk memberikan jawapan di hadapan kelas.


Filed under: Bengkel Catur, SMJK Chong Hwa

Trackback Uri






6 Jan 09

Seramai lebih 30 peserta telah menghadiri klinik catur anjuran stonemaster pada 3 Januari 2009, bertempat di KL Braille Traning Centre, Kuala Lumpur. Selain Stonemaster mengendalikan klinik ini, Abdullah Che Hassan juga turut dijemput oleh SM untuk menjadi fasilitator klinik catur tersebut.

Aktiviti klinik catur di sebelah pagi ini telah berjaya dijalankan dari pukul 9.30 pagi hingga 12 tengahari. Para peserta telah menerima sijil penyertaan selepas tamat klinik catur ini.

s63021731

Abdullah Che Hassan (International FIDE Rating 2135) telah mengendalikan klinik catur ini dengan jayanya.

s6302174s6302172s6302171


Filed under: Berita, Klinik + MINI Tourney

Trackback Uri






4 Jan 09

Para pemenang MINI rapid Amateur Tourney yang telah diadakan pada 3 Januari 2009, di KL Braille Traning Centre, Kuala Lumpur. Dari kiri Kenneth Choong Wee Chin (Naib Johan Terbuka), Haslindah Ruslan (Best Lady), Nur Najihah Azman Hisham (ke-3 Best Lady), Nurulhana Syuhada M Sulkifly (ke-4 Best Lady), Puteri Rifqah Fahada Azhar (ke-5 Terbuka), Nur Nabila Azman Hisham (Johan Terbuka), Hamdan Abdullah (ke-4 Terbuka) dan Mat Zaki Yeop (ke-3 Terbuka). Tiada dalam gambar Veronica Shalini A/P Charles (ke-2 Best Lady) -balik awal.


Filed under: Klinik + MINI Tourney

Trackback Uri






3 Jan 09

Dear Stonemaster (En Fadli),

Terima kasih untuk ceramah catur mengenai Endgames dan Pawn Structure dari En Abdullah Che Hassan dan En Fadli sendiri pada pagi 3 Jan 2009.

2. Saya pohon didaftarkan nama saya (Shamsuddin b Sabri) bagi sesi ceramah dan Mini Rapid pada hari Sabtu minggu pertama bulan Februari 2009 nanti.

3. Pada pandangan saya, siri ceramah dan Mini Rapid Stonemaster sedikit sebanyak akan meningkatkan tahap kecekapan ahli-ahli yang hadir serta mempunyai butir-butir emas untuk dipelajari oleh semua, lebih-lebih lagi bagi para peserta yang mempunyai rating 1650 ke bawah.

4. Saya sendiri ingin meningkatkan keupayaan saya dalam bermain catur supaya lebih berpengalaman dan berkemampuan untuk mewakili jabatan saya dalam pertandingan catur pada masa hadapan. Maka dengan menyertai seberapa banyak pertandingan dan mendengar ceramah catur ini diharapkan boleh mencapai hasrat saya ini.

Yang benar,
Shamsuddin b Sabri
(03.10.1960)
Subang Jaya


Filed under: Klinik + MINI Tourney

Trackback Uri