Tag: coaching



12 Jan 11

Pada 27 Dec 2010, SM telah terima sms dari Pusat Sukan UKM mengenai hasrat mereka untuk mencadangkan nama SM sebagai tenaga pengajar bagi subjek ko-kurikulum untuk semester ini. Dari tarikh itu, bermulalah penglibatan SM dalam pembangunan sukan catur di UKM. Sekiranya semua berjalan lancar, kelas ko-kurikulum catur akan bermula setiap hari Sabtu bermula minggu ini jam 8 hingga 11 pagi di UKM.

Ini adalah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-4 SM terlibat dalam catur. Pada tahun 2007 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada tahun 2008-2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada tahun 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan pada tahun ni (2011) pula di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dengan pengalaman begitu luas yang SM telah belajar dari segi perbezaan cara pembelajaran dan pengurusan aktiviti sukan bagi setiap IPTA ini, telah memberi banyak idea dan corak baru sistem pembangunan pembelajaran dan pengurusan yang SM akan laksanakan pada tahun ini di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga IPTA/S.

Gambar – gambar menarik semasa Taklimat Ko-Kurikulum Sukan (HHC9118)



Filed under: UKM Ko-Kurikulum Catur

Trackback Uri






7 Jan 11

Petang tadi ada kelas catur di seksyen 13, Shah Alam. Dapat juga ambil sekeping gambar anak murid CM Fadli sedang memikirkan pergerakan buah catur seterusnya. Sudah genap 1 tahun beliau belajar catur secara peribadi dengan SM. Dari mula main redah jee buah catur masa mula-mula belajar sampai sekarang ada perubahan sedikit dalam permainan beliau iaitu mula peka dan boleh fikir apa pergerakan nak buat. :)


Filed under: Ahli MB3CF

Trackback Uri






13 Mar 10

Coach Fadli sedang menjalankan aktiviti latihan catur kepada ahli kelab catur SMJK Chong Hwa. 2 kali sebulan, Coach Fadli akan dipanggil untuk mengendalikan bengkel latihan catur di sekolah tersebut.

Para pelajar sedang menumpukan perhatian kepada taklimat/penerangan yang disampaikan.

Salah seorang pelajar sedang dilatih untuk memberikan jawapan di hadapan kelas.


Filed under: Bengkel Catur, SMJK Chong Hwa

Trackback Uri






5 Dec 09

CONGRATULATIONS!!!

SM dan IIUM team A di GACC 2009

SM dan IIUM team A di GACC 2009

Bukan sekadar nak gedik-gedik angkat bakul sendiri tapi inilah hakikat dan kenyataannya. Atas usaha Coach Fadli AKA StoneMaster membuat latihan intensif dan mengatur strategi untuk pemain-pemain catur UIAM, akhirnya telah membuahkan hasil yang membanggakan di mana Pasukan IIUM Team A telah mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan catur 14th GACC Inter-Varsity Chess Championship. Ini adalah antara kenangan manis dan salah satu kejayaan yang mencipta sejarahnya tersendiri sebelum Coach Fadli menamatkan kontrak sebagai jurulatih catur di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada penghujung tahun 2009 ini.


Filed under: Gambar, IIUM Chess Team

Trackback Uri






15 Oct 09

smk & sk seksyen 9 SK SEKSYEN 9

Pada 14 Oktober 2009 (Rabu), Coach Fadli telah dijemput oleh pihak sekolah SK Seksyen 9, Shah Alam untuk kendalikan bengkel catur kepada pelajar sekolah. Seramai lebih kurang 80 pelajar telah hadir di bengkel tersebut. SM turut membawa adiknya iaitu Mohd Faisal bin Zakaria untuk membantu dalam latihan catur tersebut.

SK SEKSYEN 9 FAISAL 

SK SEKSYEN 9 SK SEKSYEN 9

Bengkel bermula dari jam 2.30 petang hingga 6 petang. Dijangka SK Seksyen 9 Shah Alam akan mengadakan beberapa lagi bengkel catur kepada pelajar sekolahnya. Syabas kepada pihak SK Seksyen 9 Shah Alam di atas inisiatif untuk memperkenalkan dan meningkatkan tahap permainan catur kepada pelajar-pelajar sekolahnya.

SK SEKSYEN 9 SK SEKSYEN 9 SK SEKSYEN 9 SK SEKSYEN 9


Filed under: Bengkel Catur, SK SEKSYEN 9 SHAH ALAM

Trackback Uri






13 Oct 09

kpm

Semalam 12hb Oktober 2009 di Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia , surat pekeliling mengenai permainan catur di sekolah-sekolah menengah telah dikeluarkan.

Antara kenyataan isi kandungan surat yang bertarikh 4 Ogos 1971 tersebut adalah langkah-langkah yang diajukan kepada semua sekolah menengah khasnya di luar bandar, supaya:

1) Menubuhkan kelab catur – bukan sahaja mengadakan pertandingan catur tetapi juga menubuhkan kelas latihan kepada pelajar yang tidak tahu bermain catur.

2) Sekolah-sekolah digalakkan mengadakan pertandingan catur antara darjah dan piala-piala dihadiahkan, sekiranya perlu.

3) Pertandingan negeri pada peringkat jajahan atau negeri boleh dianjurkan dan piala-piala yang sesuai dihadiahkan, sekiranya perlu.

4) Kursus-kursus berkenaan permainan catur hendaklah diadakan sekiranya perlu kepada guru-guru, khasnya dalam sekolah-sekolah di luar bandar.

Untuk melihat isi kandungan penuh surat pekeliling tersebut, sila klik di sini.


Filed under: Berita

Trackback Uri






23 Jun 09

Nama Kursus : Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2)

Tarikh : 10 – 11 Julai 2009 (Jumaat & Sabtu)

Masa : 9.30 pagi – 5.30 petang (Jumaat & Sabtu)

Tempat : SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan.

Sasaran : Semua Guru Sekolah daerah Kuala Krai Kelantan dan para jemputan.

Objektif :

a) Membantu guru catur sekolah mendalami asas permainan catur.

b) Mengasah guru catur sekolah supaya dapat mencungkil bakat murid-murid sekolah dalam permainan catur.

c) Melatih guru catur sekolah dalam menjalankan program latihan catur yang sistematik kepada murid-murid sekolah.

d) Memastikan guru catur sekolah dapat melaksanakan tugas melatih murid dalam permainan catur dengan berkesan.

e) Memudahkan guru catur sekolah menyiapkan jadual latihan catur kepada murid sekolah.

f) Memberi tunjuk ajar kepada guru catur sekolah bagaimana hendak mengendalikan kejohanan catur kepada murid sekolah.

g) Wujudkan kebolehan diri setiap guru catur sekolah dalam menjalankan semua aktiviti permainan catur seperti menyiapkan program latihan catur, kendalikan latihan catur dan kendalikan kejohanan catur di sekolah.

Untuk maklumat / pendaftaran, sila hubungi :

En. Baharudin bin Hamzah 014-2929201

Jadual Kursus                     

Tarikh/Hari

Masa

Aktiviti

Tindakan

10.07.09

8.30 – 9.30 pagi

Pendaftaran/Lapor Diri

Urusetia

(Jumaat)

9.30 – 11.00 pagi

Sesi 1 – Pembukaan Repertoir ‘Opening Repertoir’

Mohd Fadli Zakaria

 

11.00 – 11.10 pagi

Rehat

Urusetia

11.10 – 12.30 tengahari

Sesi  1 samb. – Pembukaan Repertoir. Cara membuatnya untuk kesesuaian.

Mohd Fadli Zakaria

 

12.30 – 2.00 petang

Rehat/Solat Jumaat/ Makan

Urusetia

 

2.00 – 3.30 petang

Sesi 2 – Cara memahami strategi, positional dan kenali jenis-jenis taktik mudah dan susah.

Mohd Fadli Zakaria

 

3.30 – 3.40 petang

Rehat

Urusetia

 

3.30 – 5.00 petang

Sesi 2 samb. -  Cara memahami strategi, positional dan kenali jenis-jenis taktik mudah dan susah

Mohd Fadli Zakaria

5.00 – 5.30 petang

Sesi Soal jawab

11.07.09

(Sabtu)

9.30 – 11.00 pagi

Sesi 3- Pembelajaran Engame (jenis mudah dan susah)

Mohd Fadli Zakaria

 

11.00  – 11.10 pagi

Rehat

Urusetia

 

11.10 – 12.40 tengahari

Sesi 3 samb. –  Pembelajaran Endgame (jenis mudah.dan susah)

Mohd Fadli Zakaria

12.40 – 2.00 petang

Rehat/Solat/Makan

Urusetia

 

2.00 – 4.30 petang

Sesi  4 – Memahami dan menghafal tema, peraturan dan teori-teori yang wujud dalam permainan catur di bahagian opening, middlegame dan endgame.

Mohd Fadli Zakaria

 

4.30 – 5.30 petang

Sesi 5 – Belajar cara membuat pergerakan pilihan ‘Candidate move’

Mohd Fadli Zakaria

 

5.30 – 6.00 petang

Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil

Urusetia

 

6.00 petang

Bertolak balik ke daerah masing-masing

 


Filed under: Bengkel Catur, KURSUS KEJURULATIHAN CATUR

Trackback Uri