Tag: IIUM



21 Dec 09

Pada 19 dan 20 December 2009, telah diadakan Karnival Sukan UIAM. Salah satu sukan yang dipertandingkan ialah sukan catur. 2 kategori telah diadakan iaitu untuk lelaki (brothers) dan wanita (sisters). 6 dari 7 mahallah (kolej) brothers telah menghantar pasukan bagi kategori lelaki dan 10 dari 10 mahallah wanita telah menghantar pasukan bagi kategori wanita.

Coach Fadli telah dilantik oleh Sports and Recretioanal Center IIUM untuk menjadi Ketua Arbitor bagi kejohanan tersebut. Beberapa pemain catur wanita yang berbakat telah berjaya dikenal pasti di kejohanan tersebut dan telah ditawarkan mewakili pasukan catur IIUM ke kejohanan catur berpasukan USM yang akan diadakan pada bulan Januari 2010. Tahniah kepada pasukan yang berjaya di kejohanan catur Karnival Sukan UIAM 2009.


Filed under: IIUM Chess Team

Trackback Uri






5 Dec 09

CONGRATULATIONS!!!

SM dan IIUM team A di GACC 2009

SM dan IIUM team A di GACC 2009

Bukan sekadar nak gedik-gedik angkat bakul sendiri tapi inilah hakikat dan kenyataannya. Atas usaha Coach Fadli AKA StoneMaster membuat latihan intensif dan mengatur strategi untuk pemain-pemain catur UIAM, akhirnya telah membuahkan hasil yang membanggakan di mana Pasukan IIUM Team A telah mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan catur 14th GACC Inter-Varsity Chess Championship. Ini adalah antara kenangan manis dan salah satu kejayaan yang mencipta sejarahnya tersendiri sebelum Coach Fadli menamatkan kontrak sebagai jurulatih catur di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada penghujung tahun 2009 ini.


Filed under: Gambar, IIUM Chess Team

Trackback Uri






2 Dec 09

Dah tamat pusingan ke-6. Lagi 3 pusingan. Coach Fadli bz giler nak memikirkan STRATEGI pasukan catur IIUM untuk baki 3 pusingan lagi. Arahan dari Coach Fadli tadi pagi kepada semua pemain catur IIUM sebelum mula pusingan ke-5 dan ke-6 adalah supaya pasukan ini terus ‘masuk Gear 5′ dan cuba JARAK kan kelebihan 2 hingga 3 markah sebelum cuti rehat sehari telah diikuti sepenuhnya oleh semua pemain. Ini adalah perlu kerana 2 hari terakhir nanti, beban berat akan mula terasa. Nak menang menang makin susah sebab semua akan main berhati-hati. Sebab tuu biasa banyak permainan yang SERI. Akhirnya semua pemain puas hati dan lega sebab sekarang dah berada RANK ke -3 lepas pusingan ke-6. Dah ada bayang-bayang boleh rebut TOP 3 pula.

Coach Fadli telah menasihatkan semua pemain IIUM bermain seperti hari ini adalah hari terakhir kejohanan dan semua telah bermain bersungguh-sungguh. Kalah atau menang adalah adat permainan. Bezanya antara pasukan catur IIUM dengan pasukan catur universiti lain yang bertanding ialah pasukan catur IIUM mempunyai seorang jurulatih catur yang sentiasa dok lepak tengok mereka bermain dan dapat membantu dalam mengaturkan strategi dan nasihat kepada pemain apa perlu buat dan tidak perlu buat. Nak ikut nasihat atau tidak mahu ikut nasihat tu adalah perkara ke-2. Yang penting mereka komited dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka. Matlamat mereka ialah untuk mempertahankan TITLE Best Malaysia University Team atau cuba dapat TOP 3 kejohanan itu yang juga menawarkan hadiah beribu-ribu ringgit.

Coach Fadli masih ingat lagi pada tahun 2004 di mana berjaya membantu pasukan catur Kuala Lumpur mendapat TITLE Best Malaysian Team di Kejohanan Catur Berpasukan Kebangsaan Merdeka. Setiap pusingan, mesti ada strategi yang berlainan dari segi cara nak melawan dengan pemain yang dipertemukan dan juga perlunya TAHU bila nak pecut jauh dari segi pungutan MATA.
Akhir kata nasihat kat semua pemain catur IIUM, jangan ‘over confident’. Fokus satu persatu dulu. Jangan takut pada lawan pula. C u all esok pagi. Kita gi main Bowling n KARAOKE untuk lepaskan tension. hehehe
Mohd Fadli bin Zakaria
Jurulatih Catur,
Universiti Islam Antarabangsa,
Jalan Gombak, Kuala Lumpur.


Filed under: IIUM Chess Team

Trackback Uri