CERITA LUCU YANG TERJADI KEPADA STONEMASTER NAIK KERETAPI BALIK KE KL DARI KUALA KRAI MAKAN MASA 26 JAM !!!

Apr 20th, 2009 | Posted by | Filed under News

SM naik keretapi balik dari Kuala Krai, Kelantan ke Kuala Lumpur pada malam 18 April iaitu jam 8pm. Jurujual tiket tu kata keretapi dari sini (K.Krai) bertolak jam 8 malam dan akan sampai jam 8pagi di stesen Kuala Lumpur. SM tidak naik bas kerana telah dicadangkan naik keretapi sahaja sebab stesennya terletak di tengah pekan Kuala Krai iaitu 3 atau 4 minit sahaja perjalanan menaiki kereta. Kalau nak naik bas, kena pergi ke Machang iaitu 20 minit naik kereta. Harga tiket bas dan keretapi pun lebih kurang sama jee iaitu RM42.+ .

Untuk pengetahuan semua, seumur hidup SM, ini adalah kali yang ke-3 SM naik keretapi. Yang pertama masa umur 11 tahun, yang kedua apabila mewakili Malaysia ke kejohanan catur Malaysia lawan Singapura di Singapura pada tahun 2007 dan yang terbaru naik keretapi di Kuala Krai. SM beli tiket yang tidur di atas katil bukan yang duduk di kerusi. Masa perjalanan yang sedikit tak gemar sebab kalau naik bus, masa perjalanannya cuma 6 jam 30 minit sahaja sampai. Kalau naik bus dari KL jam 10 malam, akan sampai Kuala Krai lebih kurang jam 4.30 pagi. Kalau naik keretapi, jangan terkejut, masa perjalanannya ialah 12 jam. !!! .

Nasib baik SM bijak sikit. ;) Baik beli tiket keretapi yang tempat duduknya adalah katil. Kalau dari segi nak cukup rehat dan selesa, memang yang boleh tidur atas katil tuu pilihan tepat dari tidur cara duduk 12 jam.hehe. Boleh terlelap sampai 4 atau 5 jam tanpa gangguan.

Nak tahu apa yang melucukannya? Bila SM tersedar lebih kurang jam 6.50 pagi, SM perasan keretapi ni berhenti di satu stesen. Rupanya stesen Seremban. Dalam keadaan masih lagi mamai-mamai, SM ingat keretapi ni dah lepas stesen KL sebab sepatutnya dari Kelantan yang sebelah atas mesti jumpa Kl dulu. SM ingat keretapi dah lepas KL. hehe

So, kerana menyangka stesen KL dah terlepas, SM pun turun dari keretapi tersebut. Lepas dah bergegas keluar dari keretapi, SM mula fkir balik, ikk baru pukul 6pagi lebih, jurujual tuu kata sampai KL jam 8 pagi. SM dah mula ‘confuse’, nak tanya orang, kena jalan lak pergi ke depan. Baru sorang jumpa, dia kata keretapi lalu Seremban dulu baru KL. Lorrr. Takkan nak naik balik keretapi semula? Keretapi tadi dah pun jalan. hehehe

sm patut lihat route ktm di peta ini dulu

sm patut lihat route ktm di peta ini dulu

Baru SM teringat semula, ada kejohanan catur Seremban Parade rupanya hari tuu. Mujurlah Seremban Parade terletak di sebelah stesen keretapi Seremban. Selepas meletakkan beg yang bersaiz besar di tempat letak beg di stesen tuu, SM pun ambil bahagian di kejohanan catur tersebut. Keputusannya?? hehehe.

Selepas habis tourney tuu jam 7 malam, SM rewang2 jap kat Seremban Parade tuu, makan malam di pizza hut, dan pergi Parkson ‘window shopping’ dan bertolak semula naik keretapi jam 8.30 malam dan sampai KL jam 10 malam. Kesimpulannya, masa perjalanan SM naik keretapi dari Kuala Krai Kelantan jam 8 malam dan sampai ke KL jam 10 malam ialah 26 jam. !!! :)

Kita tunggu keputusan penuh beserta gambar-gambar menarik malam ni atau esok di blog stonemaster.info. :)

GD Star Rating
loading...
GD Star Rating
loading...
CERITA LUCU YANG TERJADI KEPADA STONEMASTER NAIK KERETAPI BALIK KE KL DARI KUALA KRAI MAKAN MASA 26 JAM !!!, 8.5 out of 10 based on 2 ratings
Blog Widget by LinkWithin

Artikel yang berkaitan:

  1. BAGAIMANA HENDAK PERGI KE UPSI DARI STESEN BAS PUDURAYA Kejohanan Catur Terbuka UPSI yang ke-2 akan diadakan pada 25 Oktober dan 26 Oktober 2008. Kain rentang sudah diletakkan di pintu pagar masuk UPSI. Cara paling mudah dan murah pergi ke UPSI adalah menaiki bas dari stesen bas puduraya. Seperti yang dijanjikan, berikut adalah caranya untuk anda ke sana dengan menaiki kenderaan awam.. Bila sampai [...]...
  2. BENGKEL LATIHAN CATUR DI KUALA KRAI, KELANTAN@16 JANUARI 2009(JUMAAT) Tahun depan, akan bermulanya beberapa aktiviti sukan catur di Kelantan. Bermula dengan satu bengkel latihan catur dijangka akan diadakan di Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 Kuala Krai, Kelantan. NAMA : BENGKEL LATIHAN CATUR KUALA KRAI, KELANTAN TARIKH : 16 JANUARI 2009 (JUMAAT) TEMPAT : SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN YAHYA PETRA 2 KUALA KRAI YURAN [...]...
  3. KUALA KRAI BAKAL JADI – PUSAT CATUR NEGERI KELANTAN Kuala Krai bakal jadi Pusat Catur Negeri Kelantan? Itulah yang SM dimaklumkan mengenainya. Usaha sedang dijalankan untuk merialisasikan matlamat tersebut. Cerita selanjutnya, sila layari link ini Bengkel Catur Kelantan  ...
  4. Current Top 24 Succesful Stories n Achievement by StoneMaster. 24 cerita pengalaman manis/kejayaan SM dalam aktiviti catur (1981-2009) yang tidak akan dilupakan buat selama-lamanya. Tarikh 24 April bakal menjelma. Tarikh itulah nanti SM dengan rasminya boleh digelar ‘Sweet 40′. Pejam celik, dah sampai umur 40 tahun. Kalau masuk pertandingan catur, mungkin dah boleh masuk kategori ‘veteran’…Ramai gak orang mat salleh kata ‘Life Begins At 40′ hehe. Sempena nak dekat dapat gelaran ‘Sweet 40′ ni, SM nak ambil kesempatan buat artikel [...]...

Tags:
No comments yet.

CommentLuv badge

Upload Files

You can include images or files in your comment by selecting them below. Once you select a file, it will be uploaded and a link to it added to your comment. You can upload as many images or files as you like and they will all be added to your comment.

Improve the web with Nofollow Reciprocity.
Marquee Content Powered By Know How Media

www.stonemaster.info is Stephen Fry proof thanks to caching by WP Super Cache