Gambar-gambar menarik sekitar Kejohanan Catur Pro-Am Telok Gong
Kejohanan catur Terbuka PRO-AM Telok Gong telah berlangsung dengan meriahnya pada Ahad 4 Julai 2010 dengan jumlah penyertaan hampir 200 peserta untuk kategori terbuka dan bawah 12 tahun. Keputusan penuh akan SM muatkan di sini bila penganjur emelkannya nanti. Sementara tuu, kita layan dulu gambar2 menarik sekitar kejohanan tersebut.
SM sampai di Dewan Kg.Hamid Tuah,Telok Gong kira-kira pukul 8.45 pagi. Sementara menunggu kedatangan peserta-peserta yang lain untuk mendaftar, SM sental dulu sarapan yang disediakan oleh pihak penganjur…hehe
NM Yeoh Chin Seng dan anak beliau,Li Tian GM Ziaur Rahman bersama anaknya dan Fauzi Ahim
Ust.Zamri Sajari (baju oren) sedang melayan tetamu jemputan bersarapan.
Tak ketinggalan bazar jualan peralatan catur oleh Cerdik Catur Enterprise yang sentiasa mendapat sambutan hangat dari para peserta kejohanan dan pengunjung-pengunjung. Mana tak nya..harga yang ditawarkan untuk barang-barang semasa bazar jualan peralatan ini adalah rendah dan sangat berpatutan.
Ucapan pembukaan oleh En.Zainal (Pengerusi Persatuan Penduduk Kg. Telok Gong) dan perasmian majlis oleh Ketua UMNO Bhg. Klang,Dato’ Mazlynoor Abd. Latif.
Yang kat bawah ni adalah antara aksi peserta yang sempat dirakamkan gambarnya…
loading...
loading...
Artikel yang berkaitan:
- Gambar-gambar menarik sekitar Kejohanan Catur Jemputan UIAM kali ke-2 @ 1 Nov 2009 Juara Kategori Terbuka – FM Lim Yee Weng (RM 1000 + medal + trofi) Juara Kategori U21 – Chek Kin Keuw (RM 250 + medal) Juara Kategori U12 – Tan Wei Hao (RM 250 + medal) View Full Album Che Muhammad Hafiz – Best IIUM...
- Gambar-gambar di sekitar Kejohanan Catur Terbuka MBPJ 2011 Kejohanan Catur Terbuka yang julung-julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2011 di Dewan Ilmu Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya. Keseluruhannya sejumlah 111 peserta telah menyertai acara kejohanan catur ini di mana Kategori Remaja telah diadakan semalam (23 Julai 2011). Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah berlangsung dengan [...]...
- Gambar-gambar menarik sekitar MASUM 2009 Kejohanan catur berpasukan di Karnival Sukan MASUM 2009 telah pun berakhir pada 20 Mei lalu. Pasukan UM telah mengekalkan kejuaraan mereka sekali lagi bagi kedua-dua kategori lelaki dan wanita. Pasukan UIAM lelaki pula tidak kurang hebatnya kerana masih lagi dapat mengekalkan pingat perak manakala UTM mendapat gangsa. Bagi kategori wanita, pasukan catur UPM telah berjaya [...]...
- Gambar-Gambar Menarik Di Kejohanan Proton Games 2011 bagi acara Catur Kejohanan catur di Proton Games 2011 di Kompleks Sukan Proton,Tanjung Malim telah berjaya dijalankan. Candidate Master Mohd Fadli telah dipanggil untuk kendalikan kejohanan ini. Nampaknya permainan catur sudah mula banyak diadakan di karnival sukan, kelab sukan badan-badan kerajaan dan juga kelab sukan syarikat swasta. Bunting catur diletakkan di kawasan kejohanan catur yang diadakan. Bunting kelihatan [...]...

WE SELL CHESS EQUIPMENTS AT REASONABLE PRICE.INTERESTED? PLEASE CONTACT CM FADLI AT 014 2312370
HOT SELLING ITEM-UNCANG 'CLASSY'- LEBIH 3000 HELAI TELAH DIJUAL SEJAK JAN 2010




