Akademi Cerdik Catur

Coach Fadli's Chess Coaching & Some Tournament Activities

RSS Feed

Candidate Master Fadli kendalikan 2 Sessi Bengkel Latihan Catur di Sekolah SMK Seri Bintang Utara

Posted by stonemaster on 30th September and posted in Bengkel Catur

Pada 13 September 2011, hari Selasa, jam 10 pagi hingga 12 tengahari, seramai lebih 200 peserta telah hadir ke bengkel catur yang dikendalikan oleh Candidate Master Fadli di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bintang Utara (SMKSBU). Pelajar tingkatan 1 telah dipanggil oleh pihak sekolah untuk hadiri bengkel selama 2 jam tersebut.

Bengkel catur tersebut telah berjaya memperkenalkan asas-asas permainan catur di samping memupuk minat pelajar untuk mendekati permainan catur di kalangan pelajar.

Lebih 200 pelajar tingkatan 1 hadir pada bengkel catur yang dikendalikan oleh Candidate Master Fadli



Sessi yang kedua pula telah diadakan pada 20 Sept 2011. Kali ini bengkel dikhususkan untuk semua pelajar  Tingkatan 2 sekolah tersebut. Seramai lebih 200 pelajar tingkatan 2 telah hadir mendengar Candidate Master Fadli beri ceramah mengenai sejarah, asas permainan catur dan jenis-jenis pembukaan (opening).

Pelajar sedang tekun mendengar ceramah yang diberi.


Tags

Leave a Reply

Powered By Wordpress || Designed By @ridgey28