Coach Fadli's Chess Coaching & Some Tournament Activities
Posts tagged bengkel
Bengkel Catur Seterusnya – Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia @ 3 April 2013 (Rabu)
Apr 1st
Kursus Kemahiran Intensif Catur
Mar 30th
Kursus Kemahiran Intensif Catur Tahap 1 (Individu) berjaya di jalankan di DATCC pada 26 hingga 28 Mac 2013. Bilik yang berhawa dingin dan ruang bilik baru yang luas, adalah sangat sesuai untuk pihak Cerdik Catur mengendalikan kursus intensif catur ini di DATCC.
Selepas ini di DATCC….
13 April 2013 (Sabtu)
Kursus Kemahiran Intensif Catur Tahap 1 (Berkumpulan). Terhad kepada 4 peserta sahaja. Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang. Makan tengahari disediakan. Yuran : RM80. Nota disediakan.
14 April 2013 (Ahad)
Kursus Kemahiran Intensif Catur Tahap 2 (Berkumpulan). Terhad kepada 4 peserta sahaja. Masa : 9.30 pagi – 4.30 petang. Makan tengahari disediakan. Yuran : RM80. Nota disediakan.
BENGKEL KEMAHIRAN INTENSIF CATUR MTIB @ 27 DISEMBER 2012 (KHAMIS)
Dec 26th
Aktiviti catur terakhir tahun 2012 yang akan dikendalikan oleh Candidate Master Mohd Fadli Zakaria dari Cerdik Catur Enterprise ialah Bengkel Kemahiran Intensif Catur MTIB. Bengkel tersebut akan diadakan pada 27 Disember ini di MALAYSIAN TIMBER INDUSTRY BOARD (MTIB) Cheras yang pesertanya ialah terdiri daripada kakitangan MTIB.
Bengkel Catur UiTM Melaka 7 Julai 2012
Jul 9th
SM telah dijemput untuk mengendalikan bengkel Catur di UiTM Melaka anjuran Intellectual Chess Club UiTM Melaka pada 7 Julai 2012 yang lalu. Bengkel intensif satu hari tersebut telah diadakan dengan jayanya dengan penyertaan seramai lebih 70 orang pelajar UiTM Melaka.

Berikut adalah gambar/video yang sempat dirakamkan ketika berlangsungnya bengkel tersebut.
BENGKEL CATUR @ 4 JUN (ISNIN) & 6 JUN (RABU) 2012 – PROGRAM CUTI SEKOLAH KOMPLEKS 3C
May 30th
Sukacita dimaklumkan bahawa pada 4 Jun (Isnin) dan 6 Jun (Rabu) ini, Kompleks 3C di Bandar Sunway PJ akan menganjurkan bengkel catur. Aktiviti ini akan diadakan pada pukul 9 pagi hingga 1 petang. Fasilitatornya ialah Candidate Master Mohd Fadli bin Zakaria. Bengkel catur ini adalah terbuka kepada sesiapa juga yang berminat untuk mendalami asas, teknik serta strategi permainan catur. Sila hubungi juga CM Fadli (014-2312370), sekiranya ingin maklumat lanjut tentang aktiviti ini.
Sambutan menggalakkan di Bengkel Kemahiran Intensif Catur Daerah Pekan
Feb 20th
Buat pertama kalinya, Bengkel Kemahiran Intensif Catur Daerah Pekan (Tahap 1) telah diadakan di SMK Ahmad, Pekan pada 18 Februari 2012 di mana StoneMaster Fadli telah dijemput sebagai fasilitator. Sambutan yang amat menggalakkan telah diterima dari pelajar-pelajar di sekitar daerah Pekan dan Kuantan Pahang.
Berikut adalah sekolah-sekolah yang mengambil bahagian di dalam bengkel catur ini :
1. SK Kg Acheh, Pekan = 7 peserta
2. SMK Sri Pekan, Pekan = 2 peserta
3. SBPI, Pekan = 7 peserta
4. MRSM Pekan = 5 peserta
5. SMK Nenasi, Pekan = 5 peserta
6. SK Sri Biram, Pekan = 6 peserta
7. SK Tanah Putih, Pekan = 5 peserta
8. SK Sri Terentang, Pekan = 2 peserta
9. SK Pekan Jaya, Pekan = 1 peserta
10. SMK Peramu Jaya, Pekan = 19 peserta
11. SK Ahmad, Pekan = 3 peserta
12. SMK Ahmad, Pekan = 46 peserta
13. Pn Kamariah & anak (Kuantan) = 3 peserta
14. SK Sg Isap (Kuantan) = 1 peserta


















APA KOMEN ANDA