Tag: kelantan



8 Mar 10

Pada 18 hingga 20 Februari 2010, Mohd Fadli Zakaria aka StoneMaster aka Coach Fadli telah dijemput ke SMK Pahi (Pusat Kecemerlangan Catur Daerah Kuala Krai, Kelantan) sebagai jurulatih catur kepada pemain-pemain terbaik catur yang terpilih dari kejohanan catur Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Krai, Kelantan (MSSD Kuala Krai).  Seramai lebih 30 pemain yang terpilih telah hadir di latihan intensif tersebut.

Bengkel ini telah dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Krai. Tujuan utama diadakan Fasa 1 (18-20 Feb 2010) dan susulannya Fasa ke-2 (4-6 Mac 2010) ialah sebagai persediaan pemain-pemain tersebut ke kejohanan National Age Group (NAG) yang akan diadakan pada 14 hingga 16 Mac 2010 bertempat di Pulau Pinang.

Berikut adalah gambar-gambar menarik yang sempat dirakamkan di sepanjang latihan intensif tersebut.

Jangan ganggu. Latihan Intensif Catur sedang dijalankan. :)

Coach Fadli sedang bergambar dan bahan rujukan yang dibawa sekali.

Demo board dan whiteboard disediakan. Poster diletakkan diluar bilik latihan catur untuk mengingatkan bahawa latihan intensif catur bagi persediaan ke NAGCC 2010 sedang dijalankan.

Bilik tidur khas dengan katil yang agak selesa disediakan untuk Coach Fadli di bilik Kauseling sekolah tersebut.

Gambar para peserta yang hadir di latihan intensif tersebut.

Lagi gambar para peserta yang diambil

Coach Fadli dan para peserta kursus ikut rombongan beramai-ramai pergi ke Masjid Mukim Pahi, Kuala Krai Kelantan untuk sembahyang jumaat.

Gambar di masjid.

SEDAP !! Sup kaki ayam. Tulang kaki ayam dibuang dan hanya dimasukkan isi-isinya. Ramai cikgu di sana selalu tempah sup ni. SM pun dah kemaruk juga nak makan selalu sup kaki ayam ni. :)

Makanan disediakan sebelah pagi, tengahari, petang dan malam !!!Berat badan SM pula naik 2 kilo lepas tamat kursus tersebut. hehe

Petang Jumaat ada pasar malam berhampiran lokasi kursus persediaan catur ke NAG diadakan. Atas permintaan kebanyakan perserta nak pergi jalan-jalan ke pasar malam, beberapa cikgu yang bertugas dan SM sendiri telah sama-sama ikut rombongan ke pasar malam.

Para peserta sedang bergerak balik ke tempat kursus diadakan.

SMK Pahi ialah tempat di mana latihan intensif catur bagi persediaan ke National Age Group (NAG) pada 14-16 Mac 2010 diadakan.  Seramai lebih kurang 40 peserta akan dihantar ke kejohanan tersebut nanti. SMK Pahi juga dalam perancangan akan diisytiharkan oleh Jabatan Pendidikan Daerah Kuala Krai sebagai Pusat Kecemerlangan Catur Daerah. Nanti mungkin ada papan tanda besar di luar sekolah ini menunjukkan SMK Pahi ialah Pusat Kecemerlangan Catur Daerah.


Filed under: Bengkel Catur, SMK Pahi Kuala Krai

Trackback Uri






9 Aug 09

Coach Fadli.. jurulatih catur paling ‘glamour’ di Malaysia. Setakat ini, seramai lebih 1000 peserta telah hadir di semua aktiviti latihan catur yang beliau kendalikan sejak awal bulan Januari 2009 hingga Ogos 2009.

Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Kuala Krai, Kelantan telah berjaya dijalankan pada 7 dan 8 Ogos 2009. Seramai lebih 20 peserta telah menyertai kursus ini. Pesertanya adalah terdiri daripada cikgu-cikgu sekolah di sekitar daerah Kuala Krai dan juga beberapa peserta dari negeri Johor. Kursus ini telah dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Krai, Kelantan.
Mohd Fadli Zakaria AKA StoneMaster AKA Coach Fadli sekali lagi telah dipanggil untuk mengendalikan kursus ini. Banyak topik baru telah dibentangkan oleh Coach Fadli kepada para peserta seperti pembukaan repetoir ‘opening repertoire’, thema positional dan strategi, ending dan cara-cara pembelajaranya, 16 peraturan pembukaan yang MESTI kita ingat, cara membuat diagram catur, cara membuat format latihan catur, cara menggunakan ARES dan cara menggunakan pocket Fritz di PDA Window Mobile.
 
Coach Fadli sedang bergambar di bilik di mana kursus ini dijalankan. Tempatnya berhawa dingin dan lengkap dengan projektor dan PA sistem dan papan demo catur.
 

Terdapat juga aktiviti catur kilat yang dijalankan pada sebelah malam Jumaat. Seramai 10 peserta kursus ini telah hadir jam 9 malam untuk mengambil bahagian di dalam kejohanan catur kilat 5 minit ini. Encik Eddy Kwan dari Johor telah menjuarai kejohanan ini. Makan pagi, tengahari dan petang juga disediakan setiap hari selama 2 hari kursus tersebut. Biasanya Coach Fadli akan turun 1 kg kalau ambil bahagian di kejohanan catur tetapi apabila mengendalikan kursus kejurulatihan ini, beliau telah naik 1 kg pula. heran. hehe. Ini mungkin disebabkan makanan dan minuman yang sentiasa dihidangkan kepada para peserta dan juga jurulatihnya sekali :)

Coach Fadli dimaklumkan bahawa daerah Kuala Krai sedang bersungguh-sungguh untuk pastikan daerah ini dapat menjadi daerah terbaik seluruh Kelantan bagi kejohanan catur MSS Kelantan dalam masa beberapa tahun akan datang. Aktiviti sukan catur telah makin lama makin banyak sedang diadakan di Kuala Krai untuk mencapai matlamat tersebut.
 
Jom kita tengok gambar-gambar yang menarik semasa kursus ini dijalankan.
 
  
 
 
 
 
 
Meja coach Fadli yang penuh dengan buku-buku catur dan nota-nota. Kelihatan juga notebook dan PDA beliau.
   
Ini ialah PDA kesayangan Coach Fadli. Dah lama guna PDA ni untuk 24 jam online yahoomail. Dapat jee emel, terus akan terbuka dengan sendiri msg nii di PDA. Coach Fadli juga letakkan program catur yang terkuat di dunia iaitu Pocket Fritz ?? hehe. PDA ini model lama iaitu O2 XDA Zinc tapi prosessornya sangat besar dan laju iaitu lebih 500Mhz. Mempunyai OS Window mobile 6. Jarang sangkut-sangkut PDA nii.
 
Kelihatan juga hadiah-hadiah berupa hamper yang disediakan kepada para pemenang catur kilat nanti.


Coach Fadli rasa naik 1 kg lepas tamat kursus ini. Apa tidaknya, pagi makan, tengahari makan dan petang pun makan. hehe. Kenyang memanjang jee. air mineral water disediakan sentiasa sepanjang kursus ini.

 

View kursustahap22

Para peserta sedang mendengar penerangan yang sedang diberikan oleh Coach Fadli.

Lain-lain cerita berkaitan boleh juga dilayari di—> Kursus Catur di Kelantan

       080820091340080820091341


Filed under: KURSUS KEJURULATIHAN CATUR

Trackback Uri






23 Jun 09

Nama Kursus : Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2)

Tarikh : 10 – 11 Julai 2009 (Jumaat & Sabtu)

Masa : 9.30 pagi – 5.30 petang (Jumaat & Sabtu)

Tempat : SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan.

Sasaran : Semua Guru Sekolah daerah Kuala Krai Kelantan dan para jemputan.

Objektif :

a) Membantu guru catur sekolah mendalami asas permainan catur.

b) Mengasah guru catur sekolah supaya dapat mencungkil bakat murid-murid sekolah dalam permainan catur.

c) Melatih guru catur sekolah dalam menjalankan program latihan catur yang sistematik kepada murid-murid sekolah.

d) Memastikan guru catur sekolah dapat melaksanakan tugas melatih murid dalam permainan catur dengan berkesan.

e) Memudahkan guru catur sekolah menyiapkan jadual latihan catur kepada murid sekolah.

f) Memberi tunjuk ajar kepada guru catur sekolah bagaimana hendak mengendalikan kejohanan catur kepada murid sekolah.

g) Wujudkan kebolehan diri setiap guru catur sekolah dalam menjalankan semua aktiviti permainan catur seperti menyiapkan program latihan catur, kendalikan latihan catur dan kendalikan kejohanan catur di sekolah.

Untuk maklumat / pendaftaran, sila hubungi :

En. Baharudin bin Hamzah 014-2929201

Jadual Kursus                     

Tarikh/Hari

Masa

Aktiviti

Tindakan

10.07.09

8.30 – 9.30 pagi

Pendaftaran/Lapor Diri

Urusetia

(Jumaat)

9.30 – 11.00 pagi

Sesi 1 – Pembukaan Repertoir ‘Opening Repertoir’

Mohd Fadli Zakaria

 

11.00 – 11.10 pagi

Rehat

Urusetia

11.10 – 12.30 tengahari

Sesi  1 samb. – Pembukaan Repertoir. Cara membuatnya untuk kesesuaian.

Mohd Fadli Zakaria

 

12.30 – 2.00 petang

Rehat/Solat Jumaat/ Makan

Urusetia

 

2.00 – 3.30 petang

Sesi 2 – Cara memahami strategi, positional dan kenali jenis-jenis taktik mudah dan susah.

Mohd Fadli Zakaria

 

3.30 – 3.40 petang

Rehat

Urusetia

 

3.30 – 5.00 petang

Sesi 2 samb. -  Cara memahami strategi, positional dan kenali jenis-jenis taktik mudah dan susah

Mohd Fadli Zakaria

5.00 – 5.30 petang

Sesi Soal jawab

11.07.09

(Sabtu)

9.30 – 11.00 pagi

Sesi 3- Pembelajaran Engame (jenis mudah dan susah)

Mohd Fadli Zakaria

 

11.00  – 11.10 pagi

Rehat

Urusetia

 

11.10 – 12.40 tengahari

Sesi 3 samb. –  Pembelajaran Endgame (jenis mudah.dan susah)

Mohd Fadli Zakaria

12.40 – 2.00 petang

Rehat/Solat/Makan

Urusetia

 

2.00 – 4.30 petang

Sesi  4 – Memahami dan menghafal tema, peraturan dan teori-teori yang wujud dalam permainan catur di bahagian opening, middlegame dan endgame.

Mohd Fadli Zakaria

 

4.30 – 5.30 petang

Sesi 5 – Belajar cara membuat pergerakan pilihan ‘Candidate move’

Mohd Fadli Zakaria

 

5.30 – 6.00 petang

Majlis Perasmian Penutup & Penyampaian Sijil

Urusetia

 

6.00 petang

Bertolak balik ke daerah masing-masing

 


Filed under: Bengkel Catur, KURSUS KEJURULATIHAN CATUR

Trackback Uri






16 Jun 09

Pihak MB3CF ingin maklumkan bahawa Kursus Kejurulatihan Catur (Tahap 2) di Negeri Kelantan akan diadakan pada 10 dan 11 Julai 2009. Maklumat lanjut akan pihak kami umumkan dari masa ke semasa di laman blog ini.

Kursus ini telah mendapat sambutan yang hangat semenjak ia diperkenalkan pada tahun ini. Dijangka sebanyak 5 buah negeri di semenanjung Malaysia akan menjalankan kursus ini pada tahun ini.


Filed under: Bengkel Catur, KURSUS KEJURULATIHAN CATUR

Trackback Uri






19 Feb 09

Kuala Krai bakal jadi Pusat Catur Negeri Kelantan? Itulah yang SM dimaklumkan mengenainya. Usaha sedang dijalankan untuk merealisasikan matlamat tersebut.

Langkah pertama telah dijalankan dengan adanya bengkel latihan catur di Kuala Krai dan dijangkakan seramai lebih 100 peserta akan hadir di bengkel tersebut yang akan dikendalikan oleh SM sendiri. SM juga akan mengambil kesempatan di sana nanti untuk mengetahui bagaimana perancangan hendak menjadikan daerah Kuala Krai ini sebagai Pusat Catur Negeri Kelantan.

.. continue reading ..


Filed under: Berita

Trackback Uri






20 Jan 09

Hari ini dalam sejarah. Lebih 150 peserta telah hadir di Bengkel Latihan Catur di Kuala Krai, Kelantan. SM telah dimaklumkan bahawa lebih 200 peserta telah memohon untuk menyertai bengkel ini tetapi terpaksa ditolak kerana tempat tersebut hanya boleh menampung lebih kurang 150 peserta sahaja.

Pihak penganjur telah menjemput En. Mohd Fadli bin Zakaria, iaitu jurulatih catur paling glamour :) di Malaysia sebagai fasilitator bengkel tersebut. Bengkel tersebut telah dijalankan dengan jayanya selama sehari dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang, bertempat di SMK Sultan Yahya Petra 2, Kuala Krai, Kelantan.

.. continue reading ..


Filed under: Bengkel Catur, Berita, Gambar

Trackback Uri






7 Jan 09

Tahun depan, akan bermulanya beberapa aktiviti sukan catur di Kelantan. Bermula dengan satu bengkel latihan catur dijangka akan diadakan di Sekolah Menengah kebangsaan Sultan Yahya Petra 2 Kuala Krai, Kelantan.

NAMA : BENGKEL LATIHAN CATUR KUALA KRAI, KELANTAN

TARIKH : 16 JANUARI 2009 (JUMAAT)

.. continue reading ..


Filed under: Bengkel Catur

Trackback Uri