Tag: USIM



1 May 10

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa pemilihan pemain-pemain Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk acara sukan catur MASUM yang telah diadakan pada 1 Mei 2010 di Dewan Pavillion, USIM.

Acara catur di Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) akan dipertandingkan pada 26-30 Mei 2010 di mana USIM telah terpilih sebagai tuan rumah untuk acara catur pada tahun ini.


Filed under: USIM

Trackback Uri






25 Mar 10

Gambar para peserta yang menghadiri Bengkel Catur di Kompleks 3C

Bengkel Catur di Kompleks 3C anjuran Majlis Perbandaran Subang Jaya telah dijalankan dengan jayanya pada 18 Mac 2010. Encik Mohd Fadli bin Zakaria iaitu Ketua Jurulatih Cerdik Catur Enterprise telah dipanggil untuk kendalikan bengkel tersebut. Salah seorang peserta bengkel catur tersebut iaitu Encik Mohammad Fazli Sarin telah mencatatkan keputusan mengejut pada Kejohanan Catur 1st SMASEL di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane pada 21 Mac lalu iaitu 3 hari selepas hadiri bengkel catur tersebut apabila beliau menjadi JUARA pertama 1st leg StoneMaster Amateur Special Edition Limited (SMASEL) dengan memenangi wang tunai sebanyak RM350.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dengan rasminya Unit Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melantik Encik Mohd Fadli bin Zakaria sebagai Jurulatih Catur kepada Pasukan Catur USIM mulai bulan Mac 2010 hingga December 2010. Latihan catur diadakan setiap hari Sabtu jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari.




Filed under: Bengkel Catur, Mari Belajar Catur, USIM

Trackback Uri